Lelaki temui wang lama RM241,000 dalam dinding rumah

Lelaki temui wang lama RM241,000 dalam dinding rumah

MADRID – Seorang lelaki Sepanyol menemui enam bekas tin berisi wang tunai lama negara itu yang bersamaan dengan nilai £47,000 (RM241,241) semasa melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumahnya, lapor akhbar Daily Mirror.

Bagaimanapun, keterujaan lelaki itu, Tono Pineiro tidak lama kerana Bank of Spain tidak lagi menerima wang tersebut kerana ia telah menghentikan pengeluaran wang kertas lama tersebut iaitu pada tahun 2002.

“Saya menghubungi mereka, tetapi mereka memberitahu saya bahawa ia tidak mungkin lagi (menukar wang tersebut),” kata Pineiro.

Namun, dia berjaya mengumpul kira-kira £30,000 (RM153,984) selepas menukar sebilangan duit itu kepada mata wang baharu.

Menurut akhbar Daily Star, wang lama itu ditemui di sebalik dinding rumahnya.

“Saya rasa mereka menyimpan bekas ini untuk mengelakkan kelembapan. Bekas yang terakhir agak rosak, tetapi yang lain tidak,” katanya.

Sebahagian daripada wang tunainya yang lapuk itu akan disimpan lelaki itu sebagai kenang-kenangan. K Online

Lelaki temui wang lama RM241,000 dalam dinding rumah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker