Noraini sah pertahan jawatan, penampilan semula Shahrizat tak wajar
Noraini sah pertahan jawatan, penampilan semula Shahrizat tak wajar
Saingan merebut jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti bulan depan dijangka menarik selepas beberapa nama dikhabarkan sedia bertanding termasuk kemungkinan kemunculan semula tokoh lama sayap itu yang pernah terpalit beberapa kontroversi.
Sumber Wanita UMNO yang dihubungi mengesahkan penyandang yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad akan mempertahankan jawatannya.
Selain Noraini, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim juga dikhabarkan akan memberi saingan, ketika ada ura-ura pula mengatakan bekas peneraju sayap itu, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil akan kembali bersaing merebut jawatan berkenaan.
“Setakat ini beliau (Noraini) kekal untuk mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan akan datang,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ura-ura kemasukan semula Shahrizat bagaimanapun dilihat agak janggal dan ramai pemerhati menyifatkannya sebagai tidak wajar terutama ketika parti itu sedang bergelut memulihkan kembali keyakinan rakyat.
Bagi Pensyarah Kanan Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA) Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Zaireeni Azmi, kemuculan semula Shahrizat adalah tidak perlu, sebaliknya Wanita UMNO harus menampilkan lebih ramai pemimpin muka baru yang berkaliber serta calon lebih muda, bagi mengimbangi kehendak serta persekitaran politik masa kini.
“Saya lebih tak perlu, elok Shahrizat menyokong saja pemimpin yang ada atau mereka yang akan dilantik nanti, itu lebih baik. Sekiranya Wanita UMNO mengadakan program kepimpinan, Shahrizat boleh dijemput untuk berkongsi pengalaman dan ilmu kepada golongan baru.
“Tetapi membawa balik pemimpin lama wanita ini, saya agak tidak bersetuju. Sama juga membawa masuk pemimpin lama lelaki, ia hanya akan jadi ‘warlord’ dan sebagainya. Rangkaian pemimpin baru tidak akan berkembang. Elok kalau mereka menyokong saja dari belakang dan tak terbabit dalam posisi kepimpinan,” katanya.
Zaireeni berkata, Wanita UMNO juga perlu menampilkan lebih ramai pemimpin dan tokoh baru yang disenangi akar umbinya serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
“Kerana UMNO agak goyah dari segi penerimaan masyarakat waktu ini. Jadi penting untuk Wanita UMNO mengeluarkan pemimpin yang ada di bawah ke atas. Pada masa sama, parti ini perlu memenuhi keperluan untuk menambat baik hati golongan muda. Jadi penting juga untuk menampilkan tokoh muda,” katanya.
Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan EXCO Wanita, EXCO Pergerakan Pemuda dan EXCO Pergerakan Puteri UMNO Pusat akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac depan.
Sementara itu, bekas EXCO Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang sebelum ini dinamakan antara pencabar Noraini mengesahkan tidak bertanding dalam sayap itu sebaliknya merebut jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said pula hampir pasti akan bersaing merebut jawatan Naib Presiden UMNO, sementara bekas EXCO Kedah, Datuk Suraya Yaakob juga akan merebut jawatan MKT UMNO. BH
Noraini sah pertahan jawatan, penampilan semula Shahrizat tak wajar
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin kata tiada duit bayar gaji staf Bersatu, itulah yang UMNO rasa selama ini
- Shuib di salahkan kerana berat badan Watie naik 10kg
- ‘Sedekah pilihan raya’: SPRM sedang kenal pasti 90 individu
- Asyik ‘overtime,’ kena maki punca pekerja tikam mati bos
- Saya tak digantung Umno – Ismail
- Rashidi Ishak kembali berkahwin
- Bella dedah mesej Sophia
- Apa sudah jadi dengan imej ‘bersih’ PN?
- Johari Abdul lantik anak, satu lagi dakwaan nepotisme
- Siapa 5 calon berpotensi sebagai Ketua Pemuda UMNO
- Mahathir, Muhyiddin diarah fail pembelaan kes saman projek HSR
- Isham pindah ke UMNO Bahagian Putrajaya
- ‘Drama’ Aliff, Sophia sebelum tayang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]