UMNO pecat Tun Faisal

UMNO pecat Tun Faisal

Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Akhbar Tan Sri Annuar Musa memaklumkan ibu pejabat UMNO menghubungi pihaknya pada jam 4.28 petang semalam dan menghantar surat pemecatan itu melalui aplikasi WhatsApp.

Melalui Facebooknya, Tun Faisal turut berkongsi surat pemecatan itu yang ditandatangani Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, bertarikh 27 Januari lalu.

Berdasarkan surat itu, dimaklumkan bahawa pemecatan Tun Faisal dibuat berkuat kuasa serta-merta selepas ia diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 5 Januari dan Jumaat lalu.

Tindakan itu dibuat berikutan Tun Faisal dikesan melanggar etika ahli UMNO berdasarkan perlembagaan parti.

Tun Faisal yang sebelum ini dilihat lantang mengkritik kepemimpinan UMNO berkata, pihaknya tidak bercadang untuk membuat rayuan kerana mendakwa MKT dan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak terbuka menerima kritikan.

Namun beliau menegaskan, ‘penentangan’ yang dilakukannya selama ini bukanlah terhadap UMNO itu sendiri namun lebih kepada kepemimpinan dan individu.

UMNO dalam ‘pembersihan’ parti itu sebelum ini bertindak memecat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Selain itu, mesyuarat MKT Jumaat lalu turut menggantung keahlian beberapa pemimpin antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun. BH

UMNO pecat Tun Faisal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)

Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]

Pengurus bank ‘kantoi’ simpan video lucah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker