Amukan 200 tahun Gunung Semeru

Guguran lava pijar Gunung Semeru terlihat dari Desa Pranajiwo, Lumajang, Jawa Timur, Rabu (4/3/2020). Aktivitas vulkanik Gunung Semeru di Jawa Timur meningkat sejak sepekan terakhir dengan intensitas delapan kali guguran lava pijar dengan jarak luncur 200 hingga 1.000 dari pusat guguran gunung dan status Siaga level II atau waspada.

GUNUNG Berapi Semeru yang aktif dan setinggi 3,676 meter meletus lagi di Jawa Timur pada Sabtu lalu dengan menghamburkan asap, abu, awan serta debu panas ke udara selepas kali terakhir ia meletus pada Januari lalu.

Dalam kejadian yang juga berlaku pada Isnin lalu, lebih 14 orang disahkan terkorban dan lebih 97 orang cedera serta puluhan mangsa lagi gagal dikesan manakala ribuan lagi hilang tempat tinggal selepas mereka melarikan diri kerana panik disebabkan oleh letusan berskala besar itu.

Kebanyakan yang cedera adalah kerana melecur selepas terkena haba panas manakala mangsa-mangsa yang meninggal dunia disebabkan terhidu udara yang berabu panas dan ketika melarikan diri setelah gunung tersebut meletus pada kira-kira jam 3 petang waktu tempatan pada Sabtu lalu.

Sejumlah rumah pula ditimpa dengan abu gunung berapi dan suasana gelap pula wujud kerana asap tebal menutupi langit akibat letusan tersebut dan mereka melarikan diri kerana bimbang ia akan memuntahkan lahar yang panas.

Ini bukannya kali pertama Gunung Semeru yang terletak di Kabupaten Lumajang, Jawa Timur itu meletus.

 

Debu dan abu panas menyelimuti rumah-rumah yang terletak berdekatan dengan Gunung Semeru di Jawa Timur baru-baru ini. - Foto AFP
Debu dan abu panas menyelimuti rumah-rumah yang terletak berdekatan dengan Gunung Semeru di Jawa Timur baru-baru ini. – Foto AFP

Mengikut catatan sejarah ia pernah meletus pada tahun 8 November 1818 dan ia merupakan antara gunung berapi yang paling aktif dan berbahaya di Indonesia selepas Gunung Merapi, Gunung Kelud, Gunung Sinabung dan Gunung Bromo.

Ia turut meletus pada tahun 1829, 1830, 1832, 1836, 1836, 1842, 1844, 1848, 1851, 1856, 1857, 1860, 1864, 1872, 1877, 1878, 1884, 1885, 1886, 1886, 1887, 1888, 1889, 1890, 1891, 1892, 1893, 1894, 1895, 1896, 1897, 1898, 1899, 1900, 1901, 1903, 1904, 1905, 1907, 1908, 1909, 1910, 1911, 1912, 1913, 1941, 1942, 1945, 1946, 1947, 1950, 1951, 1952, 1953, 1954, 1955, 1958, 1959 dan 1960.

Gunung itu juga terus meletus pada tahun 1970an, 1980an dan 1990an.

Pada tahun 1901, bandar Lumajang dikatakan musnah akibat letusan gunung tersebut.

Letusan pada tahun 1901, 1913, 1941, 1945, 1946, 1956 dan 1967 adalah ganas dan pada tahun 1981 pula, aliran lahar dan banjir lumpur keluar dari Gunung Semeru sehingga mengakibatkan lebih 240 orang meninggal dunia, 120 lagi hilang dan lebih 150 orang mengalami kecederaan selain memusnahkan 16 buah kampung serta 626 hektar tanah pertanian padi serta perladangan.

Gunung itu turut menunjukkan aktiviti vulkanik pada tahun 2002, 2004, 2005, 2007 dan 2008 manakala pada Disember 2020, ia turut menghamburkan letusan berupa awan panas dan lahar yang sedikit sehingga menyebabkan seorang terkorban.

Pada tahun 2020, pihak berkuasa negara tersebut turut berusaha memindahkan kira-kira lebih 500 orang yang tinggal berdekatan dengan cerun gunung berkenaan.

LELEHAN LAHAR

Menurut pakar gunung berapi di Indonesia, Surono baru-baru ini, letusan di Gunung Semeru tidak boleh dianggap sama dengan letusan di Gunung Merapi pada tahun 2010 yang menyebabkan lebih 300 orang meninggal dunia di Jawa Tengah.

Ini adalah kerana letusan yang berlaku di Gunung Semeru bukan bersifat menyembur seperti di Gunung Merapi dan menambah bahawa letusan seperti gas, wap dan abu sering berlaku di Gunung Semeru dan pada Sabtu lalu ia hanya mengeluarkan lelehan lahar.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) menafikan bahawa ia tidak mengeluarkan peringatan kepada penduduk tentang letusan Gunung Semeru selepas timbul desas-desus ia gagal berbuat demikian.

Ketua PVMBG, Andidni dilaporkan berkata, pihaknya telah mengeluarkan peringatan tentang kemungkinan ia akan meletus sejak 1 Disember lagi kerana Gunung Semeru mengeluarkan lahar dan maklumat tersebut sudah diberitahu dalam kumpulan WhatsApp yang ahli-ahlinya terdiri daripada pejabat-pejabat daerah dan Pos Pengamat Gunung Berapi.

Gunung Semeru juga terkenal dalam kalangan pendaki-pendaki sama ada tempatan atau asing yang mahu mendaki gunung tersebut dan mereka akan menyaksikan pemandangan cantik serta menarik ketika menuju ke kawah gunung itu.

Ketika letusan berlaku, para pendaki tidak dibenarkan untuk mendaki berikutan perintah darurat ekoran Covid-19 di Indonesia dan mereka juga perlu membayar tiket untuk memasuki dan mendaki gunung tersebut. – Agensi

Amukan 200 tahun Gunung Semeru


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sanusi loklak, Puad pula ada di planet mana?

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker