Soal kesatuan parti amat penting – Zahid
Soal kesatuan parti amat penting – Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau meraikan perbezaan pendapat dalam kalangan ahli UMNO, namun tidak akan berkompromi sekiranya ada antara mereka menyentuh soal integriti parti itu.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana beliau amat mementingkan kesatuan dalam parti berkenaan.
“Saya meraikan perbedaan pendapat, silakan bercakap tetapi apabila integriti parti disentuh, saya tidak boleh berkompromi lagi dalam perkara ini, yang penting ialah soal kesatuan dalam parti itu.
“Penyatuan pemikiran dalam kalangan kepimpinan, penyatuan hati nurani dalam kalangan kepimpinan, penyatuan tindakan pelaksanaan kepada aktiviti jentera parti ini harus diutamakan dan ini mungkin sukar difahami tetapi tidak sukar untuk saya laksanakan,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata dalam sesebuah parti, tidak seharusnya ada ‘gunting dalam lipatan’ atau ‘duri dalam daging’.
“Serangan bukan hanya datang dari luar (parti), kita kenal musuh di luar, kita kenal juga musuh di dalam, baling batu sembunyi tangan sangat banyak, tetapi saya harus bersangka baik dengan semua orang dalam perkara ini.
“Tetapi sebagai seseorang yang diberikan amanah untuk memimpin sebuah parti terbesar orang Melayu dan Islam, adakah saya mahu membiarkan keadaan itu terus berlaku? Saya mesti berusaha bukan saya benci, tidak ada satu zarah, satu molekul rasa benci kepada mana-mana individu, tetapi parti mesti diselamatkan,” katanya. Mk
Soal kesatuan parti amat penting – Zahid
Baca Artikel Menarik:
- Khairy pertimbang gandingan dengan Rafizi dan Nurul Izzah
- Mahathir dan Muhyiddin diheret ke mahkamah
- Aksi gelek ghairah di Kangar, MPKPs batal acara hiburan karnival
- 9 ‘longkai’ dicekup polis
- Ustazah didakwa pukul ustazah sampai parah kerana lelaki
- Zuraida kembali ke PN?
- Berebut kutip ‘ulat kayangan’ di Dalat
- Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
- Polis tembak mati menteri
- PH sukar pertahan Selangor
- Noh mungkin sertai PN, tapi bukan KJ
- Ira Kazar hamil, Yusof Haslam tak ambil ‘port’
- Anwar kesal keputusan Mahathir berkait Batu Puteh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.