Scam apa harga RM5?

Scam apa harga RM5?

“Kami tidak paksa guna perkhidmatan kami, satu gambar RM5 sahaja…’scam’ apa harga begitu?,” kata Datu Al Basir Datu Ismail, salah seorang jurugambar bergerak di hadapan Menara Berkembar Petronas, di sini.

Katanya, dia terkilan apabila dirinya dan rakan-rakan yang berasal dari Sabah dituduh sebagai pendatang asing, malah tular dakwaan menuduh mereka mengambil kesempatan menipu pelancong dengan mengenakan caj melampau untuk satu gambar.



Datu Al Basir,36, berkata, dia yang sudah lebih tujuh tahun berhijrah ke ibu negara hanya ingin mencari rezeki halal untuk menyara isteri dan lima anak kecil yang kini berada di Tawau, Sabah.

“Baru-baru ini tular seorang pelancong Indonesia mengatakan kami ‘scam’ pelancong. Itu semua fitnah, dia (pelancong) ambil gambar kami secara senyap-senyap dan buat video begitu.

“Kami tidak memaksa, setiap gambar yang pelanggan berkenan sahaja kami akan caj RM5 dan kalau mereka tidak berkenan kami tidak kenakan bayaran,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui, di sini, hari ini.

Menurutnya, terdapat lebih kurang 40 jurugambar bergerak yang menjadikan lokasi itu sebagai lubuk mencari rezeki bermodalkan peralatan seperti lampu led, telefon pintar, dan penstabil telefon.



“Kami dari pagi sampai ke petang di sini, duduk di bawah panas terik niat cuma hendak mencari rezeki yang halal.

“Jadi saya berharap orang ramai berhenti menuduh kami sebagai ‘scammer’ yang hanya mengambil kesempatan atas orang ramai,” katanya.

Tinjauan Harian Metro selama beberapa jam di lokasi itu mendapati kumpulan berkenaan menyasarkan pelancong sebagai pelanggan dan rata-rata individu yang menggunakan perkhidmatan mereka dilihat berpuas hati dengan gambar diambil.

Jurugambar bergerak berkenaan juga bijak mencari sudut terbaik berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas sambil mencadangkan gaya menarik semasa bergambar bagi menarik pelanggan.



Bagaimanapun, menurut petugas keselamatan di lokasi berkenaan mereka banyak menerima aduan berkaitan ketidakpuasan hati berkaitan jumlah upah yang diminta kumpulan jurugambar berkenaan daripada pengunjung.

Difahamkan, selepas isu terbabit ditularkan, pihak pengurusan tidak membenarkan mana-mana jurugambar bergerak untuk beroperasi di dalam premis termasuk kawasan air pancut yang menjadi tumpuan orang ramai.

“Mereka ini sudah agak lama di sini cuma sekarang mereka tidak dibenarkan masuk jadi mereka buat di bahagian luar (siar kaki) sahaja tetapi kadang-kadang ada juga yang curi-curi masuk.

“Kalau di waktu siang agak kurang kerana mereka ramai, di malam hari mungkin kerana gambar yang lebih cantik dan lebih ramai pengunjung,” katanya. HM



Scam apa harga RM5?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker