Tidak minat belajar, remaja 16 tahun berjaya buka perniagaan sendiri

Seorang remaja lelaki di Britain berjaya membuka kedai sendiri seawal usia 16 tahun selepas memutuskan untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti, lapor akhbar The Sun semalam.

Joshua Mancell-Chesters mengusahakan sendiri kedainya yang terletak di Chesire pada setiap hari.

Walaupun sudah bekerja, Joshua tidak melepaskan peluang untuk menikmati zaman mudanya selepas membuka kedai dinamakan MCS Nutrition.



Setelah menamatkan pengajian di Sekolah Tinggi Mendeley, dia kemudian mendaftar untuk mendapatkan Sijil Umum Pendidikan Menengah (GCSE) kerana keluarganya akan berpindah ke Sepanyol.

Namun, selepas rancangan itu berubah dan keluarganya kekal di Britain, dia meneruskan sesi pembelajaran secara dalam talian untuk bekerja bersama bapanya.

Selepas tamat GCSE, Joshua yang menghidap disleksia tidak bersemangat untuk melanjutkan pelajaran. Dia sebaliknya mempunyai idea untuk membuka kedai sendiri.

“Saya cuba menjual sebanyak mungkin barang di kedai termasuk bar protein, makanan ringan, vitamin, mineral dan serbuk protein.



“Saya tidak mahu orang fikir kedai ini hanya untuk peminat gimnasium, tetapi untuk semua orang,” katanya.

Di sebalik kejayaan itu, Joshua kini berharap untuk mengeluarkan produk sendiri dan menambah cawangan kedainya pada masa akan datang. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri



Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker