Mahathir dan perancangan untuk terus kekal berkuasa

oleh Ab Jalil Backer

Usaha Dr Mahathir mahu mengumpul sokongan Ahli Parlimen adalah sesuatu yang nyata.

Cuma alasan bahawa Dr Mahathir memerlukan sokongan Ahli Parlimen bumiputera bagi menghalang DAP menjatuhkan beliau tidak masuk akal.

DAP mendapat semua jawatan utama yang mereka minta seperti Menteri Kewangan, Menteri Pengangkutan dan penerimaan nama Peguam Negara. Justeru tiada sebab dalam keadaan sekarang DAP mahu menjatuhkan Dr Mahathir.

Sebaliknya, dalam keadaan sekarang ada bisikan-bisikan bahawa Dr Mahathir yang tidak berpuas hati dengan DAP.

Beliau tidak berpuas hati dengan Kementerian Kewangan yang khabarnya banyak membuat keputusan membelakangi beliau dan tidak mengendahkan permintaan PMO.

Isu kedua yang tidak kurang penting ialah Mahathir mahu memegang jawatan ini sehingga habis penggal. Sebab itu telah beberapa kali ada lontaran idea terssebut dari sayap Bersatu.

Justeru kem Dr Mahathir sedang bertindak pantas menyusun semula sokongan Ahli Parlimen bagi memastikan dua agenda di atas dapat dilaksanakan.

Sokongan ini bakal diperolehi melalui pengukuhan Bersatu yang akan menerima Ahli Parlimen lompat parti dari UMNO dan PBB ke Bersatu.

Kedua melalui sokongan luaran terhad kepada kepimpinan Dr Mahathir sahaja yang sedang diusahakan oleh kem beliau ke atas Ahli Parlimen Pas, UMNO dan kem Azmin.

Menjelang Mei nanti Dr Mahathir dijangka mempunyai sokongan majoriti mudah di Parlimen walaupun tanpa sokongan DAP dan Kem Anwar.

Ketika itu rombakan kabinet baru akan dibuat dan menyaksikan penyusunan kuasa secara mutlak kepada pasukan Mahathir.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker