Terima surat tapi tak diberi sebab gantung – Hishammuddin
Terima surat tapi tak diberi sebab gantung – Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein mendedahkan beliau tidak diberi sebab dan alasan mengapa Umno mengggantung keahliannya selama enam tahun.
Bekas naib presiden Umno memaklumkan perkara itu selepas menerima surat penggantungan daripada Setiausaha Agung Ahmad Maslan hari ini.
“Baru sahaja menerima surat rasmi bertarikh semalam berhubung penggantungan keahlian Umno saya. Tiada sebab penggantungan dinyatakan,” katanya di Facebook.
Surat itu turut dimuat naik di Facebooknya.
Surat bertarikh 30 Jan dihantar Ahmad itu hanya menyatakan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan penggantungan keahlian Umno Hishammuddin selama enam tahun bermula 27 Jan lalu.
“Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat MKT pada 27 Jan 2023 telah memutuskan bahawa YB (Hishammuddin) digantung hak-hak keahlian dalam parti bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembagaan Umno kerana tindakan YB melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan Umno,” kata Ahmad menerusi surat rasmi kepada Hishammuddin.
Sebelum ini Umno memaklumkan bekas ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan bekas ketua Umno Selangor Noh Omar dipecat atas pelanggaran disiplin parti mengikut perlembagaan parti kerana kesalahan ketika PRU15.
Sementara itu, Ahmad berkata keahlian Hishammuddin, bekas ketua penerangan Shahril Hamdan, bekas Ahli Parlimen Jempol Salim Sharif dan pemimpin Umno Tebrau Maulizan Bujang digantung selama enam tahun. FMT
Terima surat tapi tak diberi sebab gantung – Hishammuddin
Baca Artikel Menarik:
- Khairy pertimbang gandingan dengan Rafizi dan Nurul Izzah
- Mahathir dan Muhyiddin diheret ke mahkamah
- Aksi gelek ghairah di Kangar, MPKPs batal acara hiburan karnival
- 9 ‘longkai’ dicekup polis
- Ustazah didakwa pukul ustazah sampai parah kerana lelaki
- Zuraida kembali ke PN?
- Berebut kutip ‘ulat kayangan’ di Dalat
- Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
- Polis tembak mati menteri
- PH sukar pertahan Selangor
- Noh mungkin sertai PN, tapi bukan KJ
- Ira Kazar hamil, Yusof Haslam tak ambil ‘port’
- Anwar kesal keputusan Mahathir berkait Batu Puteh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.