Arab Saudi akan bina resort ski di padang pasir

Arab Saudi akan bina resort ski di padang pasir

RIYADH – Arab Saudi akan membina sebuah pusat sukan musim sejuk yang mempunyai kawasan permainan luas di tengah padang pasir, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Pembinaan projek mega yang dinamakan Trojena itu telah dimulakan dan ia dijangka menjadi lokasi kejohanan Sukan Musim Sejuk Asia 2029.



Lokasi peranginan yang unik itu diharap mampu menyaingi beberapa destinasi ski paling popular dunia.

Trojena akan dibina sejauh 48 kilometer di kawasan pergunungan Sarawat, pantai timur Laut Merah di mana suhu persekitaran adalah sekitar 10 darjah Celsius lebih rendah berbanding tempat-tempat lain di Arab Saudi.

Pada musim sejuk, suhu di kawasan itu akan menurun pada takat beku dan menyaksikan kemunculan salji, berbeza di seluruh Arab Saudi.

Tasik buatan manusia juga akan dibina di antara cerun kawasan ski, tetapi wujud kebimbangan dalam kalangan pengkritik mengenai keupayaan mengekalkan salji yang mencukupi di laluan ski.



Pusat sukan itu menjadi sebahagian daripada pembinaan projek bandar pintar terancang sepanjang 177 kilometer yang dipanggil NEOM. Projek mega itu akan menyaksikan pembinaan bandar pencakar langit.

Kota pencakar langit menelan kos £400 billion (RM2.1 trilion) itu dijangka mampu menempatkan lima juta penduduk. Ia dijangka lebih tinggi daripada Bangunan Empire State dan lebih besar daripada keluasan negeri Massachusetts.

Ia merupakan cetusan idea daripada Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman. K Online

Arab Saudi akan bina resort ski di padang pasir



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)



Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]

Pengurus bank ‘kantoi’ simpan video lucah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker