Umpama Itik Patah Kaki!…. Label Pelbagai Gelaran Bukan Luar Biasa Bagi PAS

Umpama Itik Patah Kaki!…. Label Pelbagai Gelaran Bukan Luar Biasa Bagi PAS

Berat tuduhannya. Bagaimanapun tuduhan yang dilemparkan pada UMNO daripadanya bukanlah suatu yang luarbiasa. “Thaghut, anti Islam, malah Kafir pun pernah dilemparkannya.

Kerana itu bila keluar pula tuduhan UMNO umpama “Itik patah kaki”, ia juga bukan luar biasa. Kerana itulah cara dan sikap PAS sejak dulu.

Saya cuma hairan. Dalam keadaan mahu UMNO bersama, pimpinan UMNO dilabelnya dengan pelbagai gelaran. Sikap beginilah menjadi antara penyebab Muafakat Nasional (MN) menjadi hambar.

Justeru eloklah PAS melihat diri sendiri. PAS memiliki ramai ilmuan dan ahli agama. Mungkin juga sebab MN tidak sebagaimana seperti di awal penubuhan berpunca dari sikap PAS sendiri.

Apa yang jelas. PAS dilihat mahu mengajar UMNO. Kerana itu sebenarnya bukan UMNO yang mahu menjadi ‘Abang Long’. Sebaliknya PAS sendiri.

Namun saya yakin rakyat menilainya kerana rakyat punyai kebijaksanaan.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilaksana berasaskan undang-undang tubuh Kerajaan Johor. Kemudian diperkenan pembubaran oleh Tuanku Sultan Johor.

Justeru tuduhan ianya adalah agenda pemimpin ‘Kluster Mahkamah’ dari UMNO dan dari mereka yang tidak berjawatan sangat tidak berasas serta tidak sepatutnya keluar daripada seorang ‘ilmuan’ dan pemimpin utama parti yang kononnya berjuang untuk Islam.

UMNO Barisan Nasional (BN) sebuah parti yang bertanggungjawab. Kerana itu UMNO menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat. Supaya rakyat diberikan hak memilih kerajaan yang baru atas kehendak dan mandat rakyat sendiri.

Dan sekiranya UMNO tamakkan kuasa. Pasti UMNO BN tidak mahu dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor?

Bila PAS kata punyai kekuatan tersendiri. Keahliannya dikatakan 1 juta ahli dan mempunyai 197 kawasan. Mungkinlah betul.

Maka jika Presiden PAS berkata tidak akan berdiam diri dan mempunyai strategi balas sekiranya UMNO terus menerus melakukan PRN maka kita menghormati pendirian Presiden PAS.

Dan sesuai dengan amalan demokrasi kita tidak boleh menghalangnya. Lakukanlah jika itu pendirian PAS. Malah sekiranya PAS ingin lakukannya sekarang sesiapapun tidak boleh menghalangnya. Itu juga hak PAS.

Hakikatnya tiada yang menghalang untuk PAS terus mendukung Perikatan Nasional (PN). Teruskanlah kerana ianya tidak salahpun. Pandangan Presiden PAS saya hormati biarpun dia menyatakan BN yang sudah tidak relevan. Kerana itu juga hak Presiden PAS untuk berkata begitu.

Bagaimanapun sama ada BN masih relevan atau tidak, rakyat yang menentukannya. Bagi UMNO BN pasti akan terus berusaha memastikan BN kembali ke kedudukan asalnya.

Dan Alhamdulillah. BN menang 21 kerusi di PRN Melaka. Situasi ini boleh menjadi ukuran dan gambaran BN masih relevan atau tidak. Namun BN tidak bangga diri. BN akan terus lipat-gandakan usaha bekerja untuk negara dan rakyat. Kemenangan di Melaka adalah kehendak rakyat dan BN terus bertekad membalas budi rakyat dengan bekerja lebih kuat untuk rakyat dan Negeri Melaka.

Saya tidak menafikan jika dikatakan PN parti ‘majmuk’. BN sendiri sejak ditubuhkan sudah menggabungkan parti pelbagai kaum. Justeru realitinya BN lebih berpengalaman daripada PN dalam soal ini. Cuma salah kalau PAS berkata BN tidak berasalkan kemajmukan.

Maka, PN janganlah mendabik dada kononnya hanya PAS saja yang menganjurkan perpaduan dan parti majmuk.

Sebab kalau benar hanya PAS yang anjuran perpaduan jemputlah juga PAN bersama dalam PN. Dan usahlah bagi alasan tidak boleh menerima PAN kerana parti itu masih bersama DAP sedangkan realitinya dalam sejarah politik Malaysia PAS pernah bersama dan tidur sebantal dengan DAP.

Yang tidak pernah bersama DAP hanyalah UMNO BN. Ini hakikat dan realiti. – UMNO ONLINE


YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
Pengarah Komunikasi BN

Umpama Itik Patah Kaki!…. Label Pelbagai Gelaran Bukan Luar Biasa Bagi PAS

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker