Najib Dianiaya

Oleh Norzahira

SEORANG pemimpin hebat seperti Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan ancaman kepada individu-individu yang bercita-cita besar memandangkan mereka melihat Najib sebagai batu penghalang kepada impian untuk menjadi Perdana Menteri.

Oleh itu, wujudlah watak-watak seperti Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, Zeti, pegawai-pegawai Ambank, Goldman Sachs, KPMG, Deloittes, peguam Wong & Co, Putera Turki, Shahrol Azral dan lain-lain lagi.

Kesemua watak ini digarap dengan begitu terperinci hanya dengan satu tujuan iaitu untuk menganiaya Najib. Mereka mencipta persepsi kononnya Najib adalah dalang skandal 1MDB tetapi hakikatnya jika kesemua watak di atas menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka maka tiada wang daripada SRC atau 1MDB akan hilang.

Najib hanya boleh menjadi dalang sekiranya beliau secara peribadi berjaya mengawal dan memanipulasi semua pihak di atas yang terdiri daripda beberapa nama terbesar di dunia yang gagal dalam kerja dan tanggungjawab masing-masing.

Bekas pegawai Ambank mengaku bersalah dan gagal menjaga akaun Najib. Beliau melanggar akta BAFIA kerana berurusan dengan orang yang tidak dibenarkan untuk mengendalikan akaun Najib Razak. Malah pegawai tersebut tidak pernah menghantar penyata kepada Najib atas arahan seseorang.

Beliau juga tidak pernah sekali pun cuba berkomunikasi dengan Najib tentang status akaunnya. Ironinya, pegawai tersebut juga menggunakan wangnya sendiri untuk mendepositkan ke dalam akaun Najib untuk mengelakkan cek daripada ditendang justeru menyebabkan Najib tidak tahu bahawa ada apa-apa yang tidak kena dengan akaunnya.

Persoalannya mengapa pegawai bank itu tidak pernah didakwa melanggar akta BAFIA ketika itu malah sehingga ke hari ini. Apa yang berlaku hanya Ambank membayar RM2.83 bilion sebagai pampasan kepada kerajaan kerana bersalah mengendalikan urus niaga dan akaun bank 1MDB.

Memetik FB Sahabat bossku,

Najib bergantung kepada Ambank untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin secara sah, tetapi Ambank gagal.

Najib bergantung kepada dua pegawainya yang diamanahkan untuk mengendalikan akaun banknya, tetapi kedua-duanya kemudiannya didapati dibayar RM5 juta setiap seorang oleh Jho Low untuk mengelirukan Najib.

Najib bergantung kepada Zeti dan BNM untuk memastikan semua wang yang dihantar ke luar negara oleh 1MDB dan memastikan dana masuk ke akaunnya adalah sah, tetapi Zeti dan BNM gagal. Selepas itu barulah kami mendapat tahu bahawa keluarga Zeti telah dibayar hampir RM700 juta oleh Jho Low.

Najib bergantung kepada bank pelaburan terbesar, Goldman Sachs untuk memastikan semua urus niaga dan penjanaan dana oleh 1MDB adalah sah, tetapi pegawai tertinggi Goldman Sachs turut mengambil suapan.
Najib bergantung kepada juruaudit antarabangsa terkemuka KPMG dan Deloittes untuk memberitahunya tentang penipuan dan penyelewengan dalam 1MDB tetapi kedua-duanya gagal.

Najib bergantung kepada peguam Wong & Co yang merupakan ahli rantaian undang-undang antarabangsa terbesar Baker McKenzie untuk usaha wajar (due diligence) dan untuk memastikan semua pemindahan dan pembayaran adalah sah, tetapi mereka gagal.

Najib mempercayai anak kesayangan Raja Abdullah, Putera Turki serta pemimpin tertinggi dana kedaulatan besar IPIC tetapi mereka juga telah mengambil duit 1MDB.

Dan Najib bergantung kepada pengurusan dan pengarah 1MDB dan SRC yang terdiri daripada personaliti terkemuka tetapi mereka gagal.

Kesimpulannya, Datuk Seri Najib dianiaya sejak bertahun-tahun lamanya. Beliau menjadi mangsa “tangan-tangan ghaib” yang dikatakan berdendam apabila kemahuan mereka tidak dituruti. Selain dari itu juga, individu-individu yang bercita-cia mahu menjadi PM turut bersekongkol dengan “tangan ghaib” tersebut dengan memburukkan lagi keadaan.

Apabila Najib berada dalam keadaan tersebut, beliau memilih untuk bergantung kepada Allah s.w.t dengan melafazkan sumpah laknat. Kini kita melihat satu-persatu kesan sumpahan tersebut berlaku didepan mata. Hanya Allah sebaik-baik pelindung.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker