Anwar pertahanan perlantikan Nurul Izzah, tiada elaun dibayar [VIDEO]
TAMBUN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan tidak dibayar elaun.
Kata Anwar, beliau mempelawa bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk membantunya di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.
“Saya beri penerangan, soal Nurul Izzah di pejabat memang saya minta dia, pelawa dia untuk membantu saya sebagai penasihat di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.
“Tetapi saya tidak membayar apa-apa elaun kepadanya baik di JPM dan juga Kementerian Kewangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun di Jalan Meru Bestari A14, Meru Raya di sini pada Ahad.
Beliau mengulas ciapan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang seolah-olah menyindir dengan menyatakan tahniah terhadap pelantikan Nurul Izzah itu.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, Ahmad Faizal mempunyai hak untuk bertanyakan mengenai pelantikan itu.
“Tetapi saya hendak beritahu yang penting sekali hentikan curi tanah, balak, saham, projek dan komisen, ini yang menjahanamkan negara kita.
“Saya belum dengar lagi kenyataan mereka menyokong usaha membersihkan negara daripada gejala ini. Semua bicara soal rasuah tetapi bila kita sebut kes-kes ini, dia kata mengapa hendak bongkar kisah lama,” katanya.
Ditanya mengenai pertikaian terhadap kelayakan anak sulungnya itu, Anwar mendedahkan bahawa Nurul Izzah memiliki kelulusan dalam bidang dasar awam berkaitan politik, ekonomi dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat selain memiliki ijazah pertama dalam kejuruteraan.
Anwar turut memberi contoh bahawa dirinya juga tiada kelulusan yang berkaitan kewangan namun pernah memegang jawatan itu selama lapan tahun.
“Menteri-menteri Perikatan Nasional (PN) pun tiada juga, tiada kelulusan masing- masing tetapi apabila kita, perkara itu dibangkitkan. Kalau dibangkitkan mesti konsisten.
“Apakah benar seorang Menteri Kesihatan mesti doktor atau seorang menteri air mesti jurutera. Tidak pernah berlaku begitu,” katanya.
Media hari ini melaporkan Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri dan memulakan khidmatnya berkuat kuasa 3 Januari lalu.
Menerusi wawancaranya bersama sebuah portal berita, anak Perdana Menteri itu berharap pengalamannya sebagai Ahli Parlimen yang mana beliau mengendalikan isu kemiskinan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta perkhidmatannya dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan membantunya untuk bertugas dengan baik.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Rasuah atau sedekah: Kerajaan perlu bersuara, SPR dan SPRM kena sepakat
- Meerqeen, Anna macam suami isteri sebenar
- Dua anggota Ayahanda Harimau Kumbang dibebas dengan jaminan polis
- Naib Presiden UMNO: Siapa bertahan, siapa mencabar?
- Sanusi terus bermain isu perkauman – Ismail
- Agensi umrah didakwa bolot tiket penerbangan
- Mayat dalam semak adalah Zarina Mukhtar
- Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri
- Pergaduhan isteri pertama dan kedua, Ini komen anak Zainal Abidin Hassan
- Buaya hantar jasad budak lelaki tidak akan dipindahkan
- Proton X90, sedan baharu Perodua tarikan utama 2023
- Janna Nick Nafi Jadi Punca Fyna Jebat & Isteri Pertama Bertarik Rambut
- Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.