UMNO milik semua ahli, bukan MKT sahaja – Khairy

UMNO milik semua ahli, bukan MKT sahaja – Khairy

“UMNO adalah milik semua ahlinya, bukan milik Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sahaja,” tegas bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut Khairy Jamaluddin, memiliki sudut pandang yang berbeza dengan pucuk pimpinan tidak bererti beliau tidak setia kepada parti.

“Berbeza pandangan dengan pucuk pimpinan dan menuntut proses demokrasi dihormati tidak bermakna tidak setia kepada parti,” katanya menerusi hantaran di InstaStory pada Khamis.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Jawatankuasa Pengurusan Lembaga Disiplin UMNO bermesyuarat pada Rabu dipercayai bagi membincangkan status keahlian Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, sebarang keputusan hasil mesyuarat tertutup itu akan dibawa ke Mesyuarat MKT UMNO pada Jumaat.

Perkembangan itu dipercayai berlaku susulan tindakan Khairy Jamaluddin menyebarkan dakwaan mengenai kewujudan ‘perwakilan import’ dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, pada Disember lalu. Sinar

UMNO milik semua ahli, bukan MKT sahaja – Khairy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker