Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Pelakon popular, Idris Khan dan Amelia Henderson akan ke mahkamah pada November ini bagi sebutan kes membabitkan penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali terbitan A Aida Production.

Mereka sepatutnya berlakon sebagai watak utama dalam drama itu.

Idris ketika ditemui berkata, dia sebenarnya terbuka untuk berbincang mengenai perkara itu secara elok, tetapi apabila pihak penerbit mahu membawa perkara itu ke mahkamah, dia akur.

“Dia dah dedahkan kepada masyarakat, jadi kami kenalah pertahankan hak di mahkamah,” katanya yang ditemui pada pelancaran pakaian sukan Jerman jenama Morotai Asia di sini.

Pelakon drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin itu berkata, hubungan persahabatannya dengan Datuk A Aida tetap berjalan seperti biasa.

“Saya okey saja dan kami tak bermusuh pun. Saya bukan jenis cari pasal. Kalau orang buat saya, takkan nak duduk diam? Nak pula dia buat secara terbuka. Alhamdulillah, apa yang berlaku tidak mempengaruhi penggiat industri hiburan yang tetap menyokong saya.

“Semua peringkat menyokong saya. Mereka kenal saya lebih dari apa yang dicanangkan. Saya tak fikir nak bergaduh dan senang buat kerja sendiri. Namun apa yang datang kenalah tempuh,” katanya.

Kira-kira dua bulan lalu, A Aida selaku penerbit dan pemilik A Aida Production memfailkan saman terhadap Idris dan Amelia kerana didakwa melanggar kontrak penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang kini sedang ditayangkan di TV3.

Dalam perkembangan lain, Idris selaku Ketua Pegawai Eksekutif Morotai Asia dan duta jenama terbabit, mensasarkan enam bulan pertama sebagai pengenalan produk berbanding untung jualan.

“Kami memutuskan untuk menakluki Asia Tenggara dulu dan produk sudah boleh dibeli menerusi platform Zalora.

“Pasaran sekarang kini berada di Malaysia, Singapura, Filipina, Taiwan, Hong Kong dan Brunei. Bulan depan pula akan dipasarkan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE),” katanya. HM

Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker