Lelaki tertinggi dunia bimbang terpijak lelaki paling pendek

ANKARA, Turkiye – Lelaki tertinggi dunia, Sultan Kosen pernah meminta pegawai Guinness World Records untuk menjauhkan dirinya daripada lelaki paling pendek apabila mereka bertemu kerana bimbang akan memijaknya, lapor akhbar New York Post semalam.

Kosen yang memiliki ketinggian 2.51 meter (8 kaki 2.82 inci) dari Turkiye bertemu lelaki terpendek, Chandra Bahadur Dangi di London pada 2014.

Dangi yang berasal dari India, memiliki ketinggian 0.53 meter sebelum meninggal dunia pada 2015.



“Saya meminta pegawai Guinness supaya menjauhkan Bahadur daripada saya. Saya sangat takut terpijak Bahadur secara tidak sengaja dan mematahkan badannya,” kata Kosen kepada YouTuber Turkiye, Ruhi Cenet.

Bagaimanapun, Kosen berkata bahawa mereka berjaya bertemu pada 2014.

Kosen, 40, juga bertemu wanita terpendek di dunia iaitu pelakon India, Jyoti Kisanji Amge, yang tingginya hanya 0.60 meter semasa berada di Mesir pada 2018.

Kosen yang masih memegang gelaran lelaki paling tinggi di dunia, mendedahkan bahawa apabila dia bertemu dengan manusia terkecil, dia sebenarnya tidak dapat mendengar apa  yang mereka katakan kerana dia sangat tinggi.



Kosen hampir kehilangan gelarannya pada 2022 apabila Sulemana Abdul Samed, 29, dari Ghana mendakwa bahawa dia berketinggian 2.89 meter.

Bagaimanapun, peralatan pengukur Sulemana didapati rosak, sekali gus membolehkan Kosen mengekalkan gelarannya. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua



Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker