Ibu dan bayi 12 bulan dibaham beruang kutub

JUNEAU – Seorang ibu muda dan anak lelakinya yang berusia 12 bulan maut selepas diserang seekor beruang kutub di sebuah perkampungan terpencil di Alaska.

Lapor media tempatan, haiwan itu mula mengejar orang ramai selepas memasuki perkampungan Wales di bahagian barat Semenanjung Seward dalam kejadian pada petang Selasa.

Beruang kutub tersebut ditembak hingga mati ketika ia menyerang kedua-dua mangsa.



Pengarah Komunikasi Jabatan Keselamatan Awam Alaska, Austin McDaniel mengesahkan mangsa yang maut dikenali sebagai Summer Myomick, 24, dan anak lelakinya, Clyde Ongtowasruk.

Serangan beruang kutub yang membawa maut di Alaska sangat jarang berlaku tetapi pakar mengatakan pertembungan dengan manusia akan meningkat apabila lebih banyak ais mencair.

Kira-kira 150 orang sebahagian besarnya terdiri daripada Orang Asli Inupiaq tinggal di penempatan terpencil itu yang terletak kira-kira 1,907 kilometer (km) dari ibu negeri Juneau. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu



Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker