Dua isteri jurulatih bola sepak ‘wrestling’ di restoran

Suasana di sebuah restoran di sini kecoh apabila dua individu dipercayai isteri kepada seorang jurulatih bola sepak bergaduh dalam kejadian pada awal pagi Isnin.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham membabitkan kedua-dua individu tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Siasatan awal dijalankan mendapati berlakunya pertikaman lidah antara kedua-dua individu terlibat.

“Kejadian kemudian membawa kepada pergaduhan, bagaimanapun dapat dileraikan orang ramai di lokasi kejadian,” katanya.

Katanya, siasatan berkaitan kejadian masih lagi dijalankan.

“Kedua-dua individu telah tampil membuat laporan polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK),” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker