Tahun arnab diharap kukuhkan lagi perpaduan antara kaum – Zahid

Tahun arnab diharap kukuhkan lagi perpaduan antara kaum – Zahid

Sempena Tahun Baharu Cina yang disambut hari ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap kehadiran tahun arnab dapat menyatupadukan semua bangsa untuk bersama membangunkan semula negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Dengan terbina Kerajaan Perpaduan di bawah landskap politik baharu negara yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri berharap supaya jalinan perpaduan antara kaum dapat dipereratkan.

“Tahun arnab adalah tahun yang saya mengharapkan perpaduan lebih erat terjalin di antara semua bangsa di Malaysia. Di bawah Kerajaan Perpaduan seperti mana kita ketahui, landskap baharu telah terbina.

“Inilah selepas 25 tahun Perdana Menteri datang ke Wisma MCA…ia petanda baik dan kita harap MCA akan menjemput Perdana Menteri setiap tahun dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) akan datang.

“Dalam landskap baharu politik di tahun arnab ini, Malaysia harus dibangunkan semula dengan sosioekonomi pasca pandemik agak sukar tetapi tidak mustahil dilakukan jika kita ada kesepaduan sebagai sebuah negara bangsa Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA pagi ini.

Majlis sama turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil. BH

Tahun arnab diharap kukuhkan lagi perpaduan antara kaum – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker