Kes terowong, Gnaraja terima ‘coklat’ di Eastin?

Kes terowong, Gnaraja terima ‘coklat’ di Eastin?

Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa mesej WhatsApp di antara kontraktor projek terowong dasar laut Pulau Pinang, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan ahli perniagaan G. Gnanaraja tidak menujukkan bahawa mereka mahu mengenakan Lim Guan Eng.

Pegawai Penyiasat Bahagian Forensik Teknologi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Mohd Firdaus Wan Yusof, 33, berkata hasil analisa ke atas mesej di telefon bimbit milik Gnanaraja, juga tidak mendapati sebarang unsur permusuhan di antara mereka (Gnanaraja dan Zarul Ahmad) dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes rasuah Lim yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu bernilai RM6.3 bilion.

Terdahulu, saksi pendakwaan kelapan itu membaca mesej WhatsApp bertarikh 18 Ogos 2017, iaitu Zarul Ahmad telah menghantar satu mesej kepada Gnanaraja, mengatakan

“Super sir, I’ll bring your chocolate. Eastin?” dan Gnanaraja menjawab: “Ok Dato”.

Wan Shaharuddin: Dalam mesej berkenaan adakah mereka berdua (Zarul Ahmad dan Gnanaraja) menyatakan mereka nak memberi duit kepada Lim? Wan Mohd Firdaus menjawab,

“Tiada”.

Wan Shaharuddin: Hanya ada perkataan ‘coklat’ sahaja?

Wan Mohd Firdaus: Ya, betul.

Mahkamah juga mendengar kronologi pertemuan Lim, Zarul Ahmad dan Gnanaraja di kediaman Gnanaraja, pada 2 pagi, 29 Ogos 2017 sebelum beliau meminta Zarul Ahmad mengambil beberapa gambarnya bersama Lim.

Semasa disoal balas peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim, saksi itu berkata berdasarkan komunikasi di antara Gnanaraja dan Zarul Ahmad juga menunjukkan mereka berdua kawan baik.

Gobind: Kamu tahu, Gnanaraja pernah dituduh di mahkamah berkaitan kes penipuan Zarul Ahmad?

Wan Mohd Firdaus menjawab “Saya tak pasti”.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, didakwa menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima wang rasuah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town, antara Januari 2011 dan Ogos 2017.

Dalam pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh oleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur, pada Mac 2011.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, turut berdepan dengan dua tuduhan menyebabkan dua plot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 1 Nov ini. Mk

Kes terowong, Gnaraja terima ‘coklat’ di Eastin?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tembakan rambang di pasar raya, 2 maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker