MA63, status Sabah, Sarawak akan dirujuk pada Raja-Raja Melayu – Anwar

MA63, status Sabah, Sarawak akan dirujuk pada Raja-Raja Melayu – Anwar

Isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan status Sabah dan Sarawak sebagai wilayah akan dirujuk kepada raja-raja Melayu sebelum perkara itu dibawa kepada pertimbangan kabinet, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Anwar bagaimanapun memberi jaminan kerajaan perpaduan telah mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai wilayah.



“Prinsip MA63, iaitu termeterai semasa penubuhan Malaysia (terdiri daripada) Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu istilah teknikal tentang kedudukan negeri dan wilayah.

“Dari segi pelaksanaan jelas tiga entiti, sama ada disebut negeri atau wilayah tidak merubah sikap kerajaan dan pendirian kita bahawa entitinya Sabah, Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu.

“Tapi pindaan mana-mana istilah ini harus dirujuk kepada Raja-Raja Melayu,” katanya.

Anwar berkata proses itu boleh dijalankan, namun dia enggan menyentuh mengenainya kerana ia tidak menjejaskan kedudukan status negeri dalam konteks perlembagaan persekutuan yang sudah dipinda.



“Saya belum rujuk kepada Raja-Raja Melayu, hanya perbincangan awal dengan Agong. Jadi proses itu harus dihormati,” tambah Anwar.

Awal minggu ini, Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg dilapor berkata perubahan status kedua-dua negeri itu sebagai wilayah masih di peringkat cadangan. Mk

MA63, status Sabah, Sarawak akan dirujuk pada Raja-Raja Melayu – Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua



Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker