FELCRA laksana Transformasi 3.0, kukuhkan keterjaminan makanan negara – Zahid

FELCRA laksana Transformasi 3.0, kukuhkan keterjaminan makanan negara – Zahid

FELCRA diarah merancang dan menyediakan hala tuju baharu pelan Transformasi 3.0 bagi membantu kerajaan dalam aspek keselamatan makanan serta mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sudah tiba masa negara mengurangkan kebergantungan terhadap makanan import.

Ujarnya, inisiatif komersial itu akan dimulakan dengan memberi fokus pengeluaran ayam, daging dan telur secara domestik dengan segera kerana ia akan memakan masa hingga empat tahun untuk distabilkan.

“Saya sasar empat tahun tapi kita boleh gunakan sekarang kerana asasnya dan pengeluaran telah ada, kita cuma perlu luaskan skopnya dan tingkatkan produktivitinya yang penting adalah cost efficiency supaya dapat keberkesanan kos (nilai tambah keuntungan) kepada aktiviti komersial atau ekonomi yang dibuat oleh FELCRA.

“Ayam, telur, daging dan bahan makanan utama yang boleh dikeluarkan dari FELCRA. Setiap barangan yang dimport haruslah produk domestik bukan sahaja untuk mengurangkan kos tetapi mengurangkan pertukaran mata wang asing sekaligus mampu meningkatkan ringgit Malaysia semula,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Taklimat FELCRA Berhad di Wisma FELCRA di sini hari ini.

Tambah Ahmad Zahid lagi, agensi itu disarankan untuk bersama kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan memberi penekanan terhadap keterjaminan makanan.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Wilayah dan Desa berkata, hasil semakan yang dilakukan daripada Laporan Ketua Audit Negara 2021 mendapati tidak banyak ketirisan berlaku seperti sebelum ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta setiap menteri meneliti secara serius setiap teguran dilaporkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2021.

Bagaimanapun, kata Ahmad Zahid, sekiranya berlaku penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan, pihaknya akan mengambil tindakan segera.

“Semua ahli jemaah telah meneliti laporan audit itu dan saya telah memberitahu mesyuarat pengurusan tertinggi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) semalam bahawa kita mesti mengambil langkah segera untuk mengatasi dapatan kajian audit itu yang memfokus jika ada ketirisan, penyelewengan, penyalahgunaankuasa atau sebarang perkara yang melibatkan kewangan dan juga pengurusan.

‘Maka ini mesti diberi tumpuan segera oleh pihak pengurusan tertinggi dan juga pihak pegawai,” jelasnya. MG

FELCRA laksana Transformasi 3.0, kukuhkan keterjaminan makanan negara – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misteri Penunggu Pulau Kecil Di Tepi Jambatan Pulau Pinang

Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”

Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker