Anak buat hal, Azhar Sulaiman murah rezeki

Anak buat hal, Azhar Sulaiman murah rezeki

Pelakon Azhar Sulaiman berterima kasih kepada Kasih Iris Leona kerana membuatkan rezekinya semakin mencurah gara-gara kontroversi yang sering ditimbulkan oleh anak gadisnya itu.

Menerusi temu bual bersama stesen radio Buletin FM, Azhar, 51, berterima kasih kepada Leona kerana membuatkan namanya turut terpalit sekali gus tidak henti-henti menerima tawaran berlakon daripada penerbit dan juga pengarah.

“Sejak setahun ini saya tidak berhenti-henti berlakon. Saya rasa kena berterima kasih kepada anak saya, Leona sebab dia punya pasal (kontroversi), nama saya terpalit dan jadi ‘hot’. Rezeki,” ujarnya.

Dalam nada berseloroh, Azhar yang berkerjaya sebagai arkitek menyifatkan rezekinya yang mencurah-curah dalam bidang lakonan adalah disebabkan populariti Leona sebagai seorang pempengaruh (influencer) yang sering menjadi perhatian netizen.

Bagaimanapun, pelakon filem Abang 92 itu mengakui sedikit sebanyak dia ada terasa hati dengan kecaman yang diterima daripada netizen tentang Leona apabila dianggap tidak pandai membesarkan anak-anak.

“Saya manusia biasa yang tidak mempunyai kuasa istimewa. Semestinya saya terjejas (terasa hati) bila netizen menyentuh tentang keluarga saya.

“Contohnya sebab Leona suka berpakaian yang sentiasa menyebabkan orang naik darah tinggi (seksi). Ramai yang datang menghentam dan cakap benda yang boleh menyakitkan hati,” katanya.

Ujar Azhar, dia pernah menegur anaknya untuk berubah kerana perkara tersebut membuatkan dirinya sebagai seorang bapa turut terkesan, namun akur jika anaknya tidak mahu mendengar kata.

“Bila saya cakap dengan Leona, boleh tak awak berhenti buat semua ini (berpakaian seksi), dia senyap sahaja.

“Bila ditanya tak baca komen ke? Dia cakap tidak. Mungkin ini harga yang perlu saya bayar,” katanya.

Leona, 21, sering menjadi perhatian netizen apabila kerap dikecam kerana memuat naik foto dan video dengan penampilan mencolok mata.

Penampilan Leona sering dianggap keterlaluan sebagai seorang anak kepada selebriti dan juga wanita beragama Islam.

Azhar menerusi satu perkongsian dalam Instagramnya sebelum ini pernah menzahirkan rasa dilemma apabila mendakwa setiap ibu bapa pasti mempunyai masalah yang dicetuskan anak-anak termasuk dirinya.

Pelakon itu bagaimanapun reda dengan segala masalah yang ditimbulkan, sementelah sikap mereka tidak seteruk yang berlaku pada zaman mudanya dahulu.

Bahkan katanya, apa yang berlaku terhadap anak-anak adalah cerminan hidupnya ketika zaman bujang.

“Pada saya biarlah jadi begini daripada begitu. Jika saya renung semula zaman muda, lebih teruk daripada sekarang.

“Anak-anak adalah balasan kepada apa yang kita buat semasa zaman bujang dulu. Saya reda dan harap dapat menguruskan keluarga dengan lebih baik,” ujarnya.

Untuk rekod, Azhar mendirikan rumah tangga bersama Chempaka Emalin Pahamin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 23, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Leona. K Online

Anak buat hal, Azhar Sulaiman murah rezeki

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker