Agong sumbang sarapan buat petugas media yang menanti kehadiran Anwar

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyumbang sarapan kepada petugas media yang berkumpul di pintu masuk Istana Negara di sini, bagi menanti ketibaan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Sarapan itu diserahkan Setiausaha Sulit Kanan kepada Agong, Kolonel (B) Nazim Mohd Alim.

Nazim berkata, Sultan Abdullah prihatin dengan keadaan petugas media yang menunggu di luar Istana Negara sejak pagi.

Petugas media dari pelbagai agensi berkumpul seawal 8 pagi tadi untuk membuat liputan berhubung pertemuan Anwar dan Agong.



Pada 23 Sept lalu, Anwar mendakwa beliau mendapat “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru, majoritinya wakil rakyat Melayu dan Islam.

Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sokongan yang diterimanya sehingga kini, sebaliknya hanya memaklumkan jumlah itu akan didedahkan selepas beliau menghadap Agong. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker