Pegang Rekod Dunia ‘Kelahiran Paling Ramai’, Bayi Kembar 9 Sambut Harijadi Pertama [VIDEO]

Pegang Rekod Dunia ‘Kelahiran Paling Ramai’, Bayi Kembar 9 Sambut Harijadi Pertama [VIDEO]

Bayi kembar sembilan dari Mali yang menggemparkan dunia pada tahun lalu menyambut ulang tahun kelahiran pertama mereka dalam keadaan sihat, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Menurut bapa bayi-bayi tersebut, Abdelkader Arby, isterinya, Halima Cisse juga berada dalam keadaan baik.

“Bayi-bayi itu  sudah boleh merangkak. Ada antara mereka yang boleh duduk dan berjalan sambil berpaut pada sesuatu.

“Ia tidak mudah (untuk membesarkan mereka) dan kadangkala agak meletihkan. Namun, apabila melihatkan keadaan mereka yang sihat, semua kepenatan itu hilang,” katanya.

Bayi kembar sembilan itu memecahkan  Guinness World Records bagi bilangan bayi yang paling ramai hidup selepas dilahirkan.

Mereka dilahirkan pada 4 Mei 2021, memecahkan rekod bayi kembar lapan yang dilahirkan oleh seorang wanita Amerika Syarikat, Nadya Suleman pada 2009.

Sejurus melahirkan anak-anaknya pada 4 Mei 2021 menerusi kaedah pembedahan, Halima diterbangkan ke Maghribi oleh kerajaan Mali untuk mendapatkan penjagaan pakar.

Berat mereka ketika dilahirkan adalah antara 500 gram hingga 1 kilogram.

Bayi lelaki bernama Mohammed VI, Oumar, Elhadji dan Bah, manakala bayi perempuan diberi nama Kadidia, Fatouma, Hawa, Adama dan Oumou. – Agensi

VIDEO DIBAWAH:-

Pegang Rekod Dunia ‘Kelahiran Paling Ramai’, Bayi Kembar 9 Sambut Harijadi Pertama [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker