Gaji permulaan rendah punca simpanan rendah – KWSP

Gaji permulaan rendah punca simpanan rendah – KWSP

Gaji permulaan rendah bagi mereka yang memulakan kerjaya sebelum gaji minimum dilaksanakan pada 2013 antara beberapa faktor menyumbang kepada jumlah simpanan rendah bagi kumpulan berumur 40 hingga 54 tahun yang mempunyai baki kurang RM10,000.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataan memaklumkan, selain itu faktor lain turut menyumbang ialah cabaran struktur gaji, dengan 44% penyumbang KWSP mempunyai pendapatan kurang RM2,000 dan 81% mempunyai pendapatan kurang RM5,000.

“Caruman tidak konsisten disebabkan oleh ahli yang beralih keluar dan masuk dari sektor formal, di mana hanya 45% daripada 4.81 juta ahli dalam kumpulan umur ini membuat caruman pada 2022 manakala selebihnya tidak membuat sebarang caruman tahun lepas.

“Hanya separuh daripada tenaga kerja sektor swasta berada bawah kontrak pekerjaan formal diwajibkan membuat caruman kepada KWSP. Tenaga kerja selebihnya terdiri daripada individu dalam sektor lain seperti pertanian, pekerjaan tidak formal, pekerja kontrak atau pemilik perniagaan,” menurut kenyataan itu.

Selain itu KWSP memaklumkan, sebanyak 2.85 juta atau 59% daripada ahli daripada kumpulan umur berkenaan, memohon lebih daripada satu kali pengeluaran berkaitan Covid-19 dan mengeluarkan sebanyak RM62 bilion, seterusnya mengurangkan lagi jumlah simpanan mereka.

Sehingga akhir Disember 2022, terdapat seramai 4.81 juta ahli KWSP dalam lingkungan umur 40 hingga 54 tahun, dengan 2.17 juta daripadanya merupakan ahli aktif dan 2.64 juta ahli tidak aktif (didefinisikan sebagai tidak membuat sebarang caruman dalam setahun lalu).

KWSP dalam pada itu menyambut baik inisiatif sumbangan “one-off” sebanyak RM500 oleh kerajaan kepada ahli aktif dan juga tidak aktif, sebagai langkah meningkatkan simpanan persaraan ahli.

“Insentif berkenaan akan menjadi pemangkin kepada pembinaan semula simpanan ahli, untuk mencapai persaraan lebih selesa dan seterusnya membantu mengurangkan kesan berikutan perkembangan pesat populasi menua Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Feb berkata kerajaan bersetuju menambah RM500 caruman simpanan KWSP akaun 1 bagi ahli berumur 40 hingga 54 tahun, yang memiliki simpanan kurang RM10,000. FMT

Gaji permulaan rendah punca simpanan rendah – KWSP

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker