Bursa dan ringgit terus mengukuh
Bursa dan ringgit terus mengukuh
Ringgit meneruskan momentum positif pagi ini untuk dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS dengan pelabur menjangkakan rentak kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih perlahan oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).
Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.3305/3350 berbanding dolar AS daripada 4.3325/3375 pada penutupan urus niaga Jumaat.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Bernama, jangkaan kadar faedah AS yang lebih rendah pada bulan Februari dan pembukaan semula China terus memacu sentimen.
Selain itu, beliau berkata rangsangan terhadap harga komoditi, khususnya minyak mentah, lebih-lebih lagi dengan ekonomi China kembali bergerak turut meningkatkan selera untuk mata wang tempatan.
“Peniaga akan turut memantau perkembangan Fed minggu ini untuk mengetahui pandangan mereka mengenai trend inflasi.
“Beralih daripada inflasi tinggi dan meningkat kepada inflasi sederhana adalah baik untuk aset berisiko kerana ia sepatutnya mengurangkan kecenderungan pihak Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah,” jelas Innes.
Fed menetapkan kadar terminal sebanyak 5.1 peratus untuk 2023 pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang terakhir.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding euro, menyaksikan mata wang tempatan meningkat kepada 4.6960/7009 daripada 4.6986/7040 pada penutupan Jumaat lalu.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2839/2878 daripada 3.2782/2825, lemah berbanding yen Jepun menjadi 3.3882/3923 daripada 3.3703/3744 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.3040/3095 daripada 5.2973/3035 sebelumnya.
Bursa
Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Isnin tetapi beransur-ansur meningkat selepas itu, disokong minat belian sederhana yang membabitkan saham wajaran tinggi terpilih selain mengambil petunjuk daripada momentum positif dalam kalangan pasaran serantau, kata peniaga.
Pada 9.25 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.75 mata kepada 1,495.78 berbanding penutupan urus niaga Jumaat pada 1,495.03.
Pasaran dibuka 0.22 mata lebih rendah pada 1,494.81.
Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 249 berbanding 203, manakala 305 kaunter tidak berubah, 1,445 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen positif di Wall Street pada Jumaat lalu dijangka melimpah ke bursa tempatan.
“Peniaga mungkin menumpukan perhatian kepada saham bertema pembukaan semula China sambil menantikan data inflasi Malaysia serta keputusan kadar faedah Bank Negara Malaysia (BNM) minggu ini,” katanya dalam nota penyelidikan, hari ini.
Bagi komoditi, firma pembrokeran itu menyatakan bahawa harga minyak mentah Brent meningkat melebihi AS$85 setong, manakala harga minyak sawit mentah (MSM) di bawah RM3,850 sekilogram dan harga emas pula melonjak melebihi AS$1,900 seaun.
“Sektor teknologi diunjur menyaksikan momentum pembelian yang meningkat selepas Nasdaq berjaya stabil melebihi paras 11,000.
“Selain itu, pelabur juga boleh menambah pendedahan ke atas saham perbankan menjelang keputusan kadar faedah Malaysia. Memandangkan harga emas turut meningkat, minat dagangan boleh dilihat di kaunter emas,” tambahnya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 2.0 sen kepada RM8.84, CIMB turun 1.0 sen menjadi RM5.77 dan TNB lemah 6.0 sen kepada RM9.42.
Public Bank dan Petronas Chemicals pula tidak berubah, masing-masing pada RM4.33 dan RM5.99.
Bagi saham aktif, Velesto naik setengah sen kepada 18 sen sementara Serba Dinamik dan Eduspce tidak berubah, masing-masing pada 2.0 sen dan 1.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 12.28 mata kepada 10,798.08, Indeks FBMT 100 mengukuh 11.61 mata menjadi 10,494.18, dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 28.48 mata kepada 11,005.20.
Indeks FBM 70 memperoleh 42.29 mata kepada 13,422.96 dan Indeks FBM ACE meningkat 5.39 mata kepada 5,460.87.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 18.07 mata kepada 16,603.08 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 1.0 mata kepada 186.29.
Indeks Perladangan lebih tinggi 6.73 mata kepada 6,929.64 dan Indeks Tenaga memperoleh 1.23 mata kepada 824.17. BH
Bursa dan ringgit terus mengukuh
Baca Artikel Menarik:
- Sol oh Sol!
- Mukhriz tak matang – Marzuki
- 1 kilometer untuk ke tandas
- BN akan cabar kemenangan Hadi di Marang
- Dokumen diperlukan untuk terima bantuan awal persekolahan
- Didera, dibuang tepi jalan
- Lawatan sekolah berakhir dengan murid menari tarian tiang
- Skim pengeluaran awal KWSP hingga RM30,000 dimohon pencarum
- Tuduhan wujud perwakilan import memalukan PAU – Megat Zulkarnain
- Jaga mulut atau ‘tsunami hijau’ terus membesar – Sanusi
- Ismail kecewa tiada pertandingan ‘Top 2’ ‘
- Kenyataan Khairy berniat jahat – Jamal
- Perwakilan jerit ‘boo’ diupah RM300?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.