BN akan cabar kemenangan Hadi di Marang
BN akan cabar kemenangan Hadi di Marang
Barisan Nasional (BN) akan mencabar kemenangan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Marang dan keputusan dua lagi kerusi Parlimen di Terengganu pada PRU15.
Petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 di Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu itu akan difailkan oleh Umno Terengganu.
Tiga kerusi Parlimen itu dimenangi calon Perikatan Nasional (PN) pada PRU15, 19 Nov lalu. Semua petisyen itu difailkan kerana didakwa berlaku rasuah oleh PN.
Ketua Umno Terengganu Ahmad Said dijangka membuat sidang media esok bersama beberapa peguam berhubung petisyen itu, lapor Sinar Harian.
Ahmad tewas di kerusi Parlimen Kemaman kepada calon PAS Che Alias Hamid dengan majoriti 27,179 undi.
Marang dimenangi Hadi dengan majoriti 41,729 undi manakala Kuala Terengganu dipertahankan calon PAS Amzad Hashim dengan majoriti 40,907 undi.
Sabtu lalu Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil, berkata petisyen akan difailkan di tiga kerusi Parlimen.
“Kami mempunyai bukti kukuh ada kesalahan pilihan raya dilakukan terutama sekali melibatkan merasuah pengundi,” katanya tanpa mendedahkan tiga kerusi Parlimen itu. FMT
BN akan cabar kemenangan Hadi di Marang
Baca Artikel Menarik:
- Zahid mahu Azalina laksana tugas berkait buku Thomas dengan segera
- Pencabar intai jawatan kabinet – Shahrir
- Hishammuddin mahu bertanding jika laluan terbuka
- Tindakan disiplin tak boleh semberono – Khaled
- Zahid akui ada usaha, gerakan singkir beliau
- ‘Saya boleh kata ‘poster boy’ perlu bertanggungjawab, tapi…’
- Siapa pun kemudi UMNO, kalau tak ikhlas karam semua -Shahril
- Promosi arak secara terbuka, Mufti Pulau Pinang bangkit tegur Kerajaan DAP
- “Saya Berzina Tapi Solat, Diterima Allah Atau Tak?”- Ini Jawapan Ustaz Abdul Samad
- ‘Kikislah suami anda sebelum orang lain kikis’ – Fatin Afeefa
- Asyraf Wajdi umum tidak pertahan Ketua Pemuda, rasa bertanggungjawab atas prestasi UMNO
- Anggota imigresen ugut bunuh bekas kekasih guna pedang samurai
- Malaysia pertimbang hentikan eksport minyak sawit kepada Kesatuan Eropah – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET