Adun DAP dakwa Adun PKR tak adil

Adun DAP dakwa Adun PKR tak adil

Adun Dusun Tua, Edry Faizal menegur rakan sejawatannya daripada PH berhubung isu laluan lori kuari dialih.

Dia merujuk kenyataan Hee Loy Sean bahawa kenderaan berkenaan dilarang menggunakan Jalan Persiaran Mahkota Cheras 1, Bandar Mahkota Cheras berkuat kuasa serta-merta.



Sebaliknya Hee dilapor berkata lori kuari perlu menggunakan jalan sebelah Hulu Langat sebagai laluan alternatif.

Menerusi ciapan di Twitter hari ini, Edry yang juga Adun DAP menyifatkan ketetapan yang diumumkan Adun Kajang itu sebagai “tidak adil”.

“Bagi saya tindakan Hee Loy Sian tak adil. Kuari ini hasil negeri, tapi tak benarkan lori guna jalan pihak berkuasa negeri (PBT) (sebahagian negeri).

“Disuruh ikut Jalan Hulu Langat (Persekutuan). Jalan Hulu Langat tak hadapi masalah yang samakah? Apa penduduk Dun sini (Dusun Tua) tak sedarjat penduduk Dun sanakah?” soalnya.



Terdahulu, Hee dilapor Selangorkini sebagai berkata ketetapan itu dibuat bagi menjamin keselamatan penduduk susulan aduan kesesakan lalu lintas, jalan rosak dan kemalangan maut di lokasi.

Katanya, kira-kira 100 buah lori dengan muatan lebih 30 tan setiap sebuah melalui jalan asal itu pada setiap hari mengakibatkan jalan rosak.

“Jadi kita cadangkan semua guna jalan sebelah sana (Hulu Langat), bukan laluan keluar masuk di Bandar Mahkota Cheras dari Sungai Long.

“Perbelanjaan RM2 juta diperuntukkan setiap tahun untuk menurap jalan rosak terbabit,” katanya seperti dilapor. Mk



Adun DAP dakwa Adun PKR tak adil

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah



Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker