Saya maafkan 10 Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin, tapi….

Saya maafkan 10 Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin, tapi….

Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau bersama Lembaga Disiplin Barisan Nasional (BN) akan memantau 10 Ahli Parlimen gabungan itu yang bertindak menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri selepas PRU15 lalu.

Pengerusi BN itu berkata, pemantauan dilakukan bagi memastikan tiada lagi gerakan pembentukan kerajaan dengan membelakangi keputusan parti.



Beliau bagaimanapun memaklumkan sudah memaafkan semua 10 Ahli Parlimen BN yang bertindak menyokong Muhyiddin itu.

“Saya telah memaafkan apa yang telah berlaku, tapi saya bersama Lembaga Disiplin melakukan pemantauan terhadap pendirian yang ada sekarang dan juga sama ada mereka melakukan mana-mana gerakan lain.

“Saya yakin mereka akan tetap bersama-sama Umno dan dalam mendokong kerajaan perpaduan dan saya yakin bahawa kesilapan dulu adalah kerana situasi politik tidak menentu,” katanya kepada media selepas selesai membuat lawatan di gerai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sempena Perhimpunan Agung Umno hari ini. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL



Saya maafkan 10 Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin, tapi….

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin



Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker