Kalau nak bertanding umumlah awal – Isham
Kalau nak bertanding umumlah awal – Isham
Isham Jalil mencadangkan kepada ahli Umno yang mahu bertanding jawatan “Top 5” termasuk presiden dan timbalan dalam pemilihan parti itu membuat pengumuman secara terbuka.
Ketua penerangan Umno berkata, individu yang mahu bertanding jawatan berkenaan diingatkan tidak membuat “gerakan dalam gelap” di belakang parti untuk merebut kedudukan itu.
“Saya nak cadang siapa nak tanding jawatan tertinggi ini, presiden timbalan dan tiga naib…saya nak cadang supaya umum awal-awal buat apa nak sorok-sorok, kalau cakap malam-malam sahaja, belakang sahaja tak elok, siapa nak tanding umum awal, umum lagi awal lagi bagus,” katanya dalam sidang media pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022.
Mengulas desakan 140 ketua bahagian termasuk beberapa sayap Umno supaya jawatan presiden dan timbalan tidak dipertandingkan, Isham berkata itu hanya cadangan serta pandangan mereka sebaliknya parti tidak pernah menyekat ia dipertandingan.
“…140 ketua bahagian telah menyatakan pendirian bahawa jawatan presiden dan timbalan tak dicabar, 140 daripada 191 bahagian itu banyak dan ia lebih 2/3.
“Bagaimanapun saya nak jelaskan ini tak bermaksud kita halang sesiapa bertanding, saya sudah cakap banyak kali. Kita tak ada cadangan meminda perlembagaan supaya jawatan ini tak dipertanding. Maksudnya siapa nak tanding, bertandinglah, cuma itu (desakan tidak dipertanding) oleh ketua bahagian kerana mereka tak mahu masa kritikal ini..jika ada pemilihan akan berlaku huru-hara dalam Umno.
“Kita baru masuk kerajaan perpaduan dan kerajaan ini masih rapuh, kalau dalam pemilihan jadi perkara tak diingini, politik wang tajaan dari luar dan macam-macam, ini (desakan tidak dipertanding) mungkin dipertimbang 140 ketua bahagian,” katanya.
Terdahulu, bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin membidas sekumpulan pemimpin parti itu yang mendakwa mewakili 140 bahagian, menggesa dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan. FMT
Kalau nak bertanding umumlah awal – Isham
Baca Artikel Menarik:
- Jika saya menang sebagai Presiden UMNO, saya tetap sokong Anwar – KJ
- Shopee tegas tamatkan khidmat rider ‘melucah’
- Berang duit tak keluar, mesin ATM makan penumbuk di Port Dickson
- Nikah di Thailand, Majlis Agama Islam Selangor tidak iktiraf
- Pesanan Puteri Sarah kepada Ira Kazar, ‘semoga berjaya, jaga suami elok-elok’
- Terlupa tutup pintu kandang, penjaga zoo jadi arwah
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin
Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu
Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis