Kamera rahsia dalam bilik persalinan di pusat membeli belah disiasat Polis

PETALING JAYA: Polis menyiasat laporan mengenai penyebaran video yang didakwa daripada kamera rahsia yang disembunyikan di dalam bilik persalinan wanita di sebuah butik pakaian berjenama di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, pada Isnin lalu pihaknya menerima satu laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Katanya, polis juga mengesan video yang dimuat naik di Twittter yang memaparkan rakaman daripada kamera yang disembunyikan di bilik persalinan butik pakaian berkenaan. Video itu kemudiannya dipadamkan.



“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti tarikh dan lokasi kejadian itu berlaku. Perbuatan terbabit adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata, polis menasihati orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang.

“Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Fikri Abdul Manan di talian 013-4149917 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

Terdahulu, beberapa pengguna Twitter melahirkan kebimbangan mengenai kemungkinan video yang dirakam di bilik persalinan itu dijual di dalam talian.



Butik pakaian tersebut juga dilaporkan sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin



Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker