Kekasih gelap isteri cekik suami hingga mati

Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya kerana terlibat dalam kes pembunuhan suami suspek, lapor laman berita Bangalore Mirror semalam.

Mangsa, Anjaneya, 35, dibunuh enam bulan lalu di sebuah kawasan kejiranan, Nandini Layout, di barat Bangalore.

Suspek yang dikenali sebagai Anita sebelum ini memberi kenyataan kepada polis bahawa suaminya sakit lalu meninggal dunia.



Bagaimanapun, enam bulan selepas insiden tersebut, anak-anaknya yang menyaksikan pembunuhan itu memberitahu nenek mereka mengenai perbuatan ibu mereka.

Menurut kanak-kanak berkenaan, bapa mereka, yang tidur selepas mabuk dicekik hingga mati oleh ibu mereka dan seorang lelaki.

Nenek kanak-kanak itu kemudian melaporkan perkara tersebut kepada polis yang seterusnya membawa kepada penahanan Anita dan kekasihnya, Rakesh. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul buat air mata Yusof Haslam gugur



Hubungan terlarang Ibu mentua dan menantu: ‘Kami tidak berzina, hanya curhat’

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker