Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma

Oleh Norzahira

RATA-rata rakyat Malaysia amat maklum bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dinafikan perbicaraan yang adil. Apa yang berlaku kepada beliau dikatakan berpunca daripada tindakan tangan-tangan ghaib musuh politik Najib yang mahu menamatkan karier politik Perdana menteri ke enam itu.

Bayangkan wang derma yang kita terima untuk bantu anak-anak yatim digunakan sebagai isu untuk mengenakan pendakwaan jenayah terhadap diri kita. Sudah tentu ini merupakan satu bentuk penganiayaan yang sangat kejam. Lebih-lebih lagi jika kita dipenjarakan setelah dinafikan perbicaraan yang adil.

Memetik hantaran di facebook Sahabat Bossku, rentetan pendakwaan dan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebenarnya telah membuktikan bahawa wang yang Najib terima adalah derma.

Pihak pendakwaan telah gagal membuktikan wang tersebut bukan derma namun Najib dinafikan perbicaraan yang adil apabila Nazlan melalui penghakiman bertulis berkata defendan (Najib) tidak dapat membuktikan bahawa wang itu adalah derma daripada Raja Abdullah mengikut pembelaannya walaupun terdapat banyak bukti yang menyatakan terdapat pemindahan wang tunai daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi serta lawatan pasukan penyiasat SPRM daripada Malaysia.

Dalam perkara ini, rakyat mengesa agar Nazlan disiasat memandangkan wujud “conflict of interest” beliau dalam kes Najib. Tambahan pula terlalu ramai pihak mempertikaikan penghakiman beliau.

Facebook Sahabat Bossku:

Satu delegasi yang terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya dan Timbalan Pesuruhjaya SPRM telah terbang ke Arab Saudi pada tahun 2015 untuk mengesahkan sama ada royalti dari Arab Saudi telah menderma kepada Najib.
Di sana, mereka bertemu dengan Putera yang menandatangani surat derma di Istana Raja Abdullah bin Saud tetapi wakil sah Putera yang memberi keterangan kepada pegawai penyiasat Malaysia.
Ketika mereka berada di sana, penyiasat kami diberi layanan penuh royalti termasuk diterbangkan dengan jet kerajaan Saudi dari Riyadh dan pulang untuk mengerjakan Umrah di Mekah, dipimpin melalui pintu masuk royalti khas untuk menunaikan ibadah haji mereka di kaabah, diberi pengiring polis setiap kali mereka mengembara serta dikawal oleh tentera di hotel mereka.
Pelbagai pegawai penyiasat telah memberikan keterangan dalam perbicaraan SRC dan Nazlan mengambil maklum perkara ini.
Bagaimanapun, Nazlan berkata, tidak boleh dibuktikan ada derma dari Arab Saudi kerana bukan putera raja sendiri yang memberi keterangan untuk mengesahkan ada derma dan pasport putera raja yang diserahkan untuk pengesahan tidak disahkan tulen melalui siasatan pegawai (Azam Baki sendiri) – oleh itu tidak dapat dibuktikan bahawa penyiasat telah bertemu dengan wakil Raja Abdullah atau kerabat diraja Arab Saudi.
Susah untuk dipercayai? Ini semua dinyatakan dalam penghakiman bertulis Nazlan di bawah.
Dalam kes jenayah, pihak pendakwa mesti membuktikan tanpa keraguan munasabah bahawa defendan bersalah.
Dalam kes ini, hakim mengatakan bahawa defendan tidak dapat membuktikan bahawa wang itu adalah derma daripada Raja Abdullah mengikut pembelaannya walaupun terdapat banyak bukti yang menyatakan terdapat pemindahan wang tunai daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi serta lawatan pasukan penyiasat daripada Malaysia.
Walau bagaimanapun, pihak pendakwa juga tidak dapat membuktikan bahawa wang yang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma atau tidak pernah ada sebarang derma.
Perkara ini sahaja bermakna Najib sepatutnya dibebaskan dan pembelaannya tidak perlu dipanggil.

 

Berkenaan “Conflict of Interest” melibatkan Nazlan, Najib telah memohon memasukkan dalam rayuan akhirnya dalam kes SRC antaranya keterangan viva voce (lisan) pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rosli Hussein berhubung siasatan skandal SRC International.

Keterangan itu adalah sama ada beliau (Rosli) menyedari peranan lalu dan pembabitan Mohd Nazlan sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank berhubung khidmat nasihat strategik yang diberikan oleh Maybank Investment Berhad dan Bina Fikir Sdn Bhd kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi penubuhan SRC International pada 2010/2011.

Ia juga berkaitan pinjaman RM140 juta yang diberikan oleh Maybank kepada Putra Perdana Development Berhad (anak syarikat SRC) pada tahun 2014 , iaitu sumber RM42 juta yang menjadi perkara utama dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas Najib.

Bukti tambahan lain ialah keterangan lisan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berhubung peranannya ketika menjadi CEO 1MDB dalam urusan dan pelantikan Maybank Investment Berhad dan Bina Fikir Sdn Bhd serta pegawainya berkaitan khidmat nasihat strategik dalam penubuhan SRC International pada 2010/2011.

Ini menunjukkan kes “Conflict of interest” yang nyata melibatkan Hakim Nazlan. Beliau sepatutnya disiasat dan tidak menjadi hakim dalam perbicaraan kes Najib.

Namun ianya ditolak mentah-mentah. Najib dinafikan perbicaraan yang adil.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup [VIDEO]

InsyaAllah, Saya Akan Beri Titik Noktah Permasalahan Ini Dalam Masa Terdekat’ – Syamsul Yusof

Pelakon Syafiq Kyle Hadiah Vellfire Pada Keluarga, Netizen Sakat Kata Guna Duit ‘Rompakan’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker