Wanita tolak budak 3 tahun jatuh landasan tren [VIDEO]

Video memaparkan wanita tersebut menolak kanak-kanak berusia 3 tahun itu ke atas landasan. – Pejabat Syerif Daerah Multnom

WASHINGTON – Seorang wanita ditahan kerana didakwa menolak seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ke landasan kereta api di negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) Rabu lalu, lapor akhbar New York Post semalam.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), budak perempuan berkenaan dilihat berdiri di sebelah ibunya di sebuah platform apabila serangan itu berlaku.

Brianna Lace Workman, 32, yang duduk di belakang dua beranak itu dilihat berdiri dan menolak mangsa, kata pejabat Peguam Daerah Multnomah.

Kanak-kanak itu kemudian terjatuh di atas lantai sebelum menggelongsor ke landasan.



“Kanak-kanak itu jatuh dengan mukanya di atas rel logam dan batu sebelum diselamatkan dari landasan kereta api,” kata Peguam Daerah Multnomah, Mike Schmidt dalam satu kenyataan.

Mangsa dikatakan mengalami sakit pada kepala yang teruk dan mempunyai kesan merah di dahinya, kata Schmidt.

Workman dihadapkan ke mahkamah pada Khamis lalu atas beberapa pertuduhan percubaan melakukan serangan.



Mangsa juga dikatakan tidak melakukan perkara yang membawa kepada provokasi kepada Schmidt. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest



Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker