Barangan jualan persiapan Ramadan, Hari Raya Jakel Shah Alam turut hangus

Barangan jualan persiapan Ramadan, Hari Raya Jakel Shah Alam turut hangus

Kejadian kebakaran di premis Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7, di sini, pada Ahad turut melibatkan kerosakan barangan jualan persiapan Ramadan dan hari raya pada tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, insiden kebakaran itu membabitkan bangunan lima dan tiga tingkat seluas 80,000 kaki persegi dan dianggarkan menelan kerugian berjumlah ratusan juta ringgit.



Katanya, punca sebenar kejadian setakat ini masih belum diketahui.

“Selain premis, barangan jualan untuk persiapan Ramadan dan hari raya tahun ini turut hangus. Buat sementara ini, operasi perniagaan akan tergendala dan kita merancang mencari tapak perniagaan baharu di sekitar Shah Alam.

“Buat masa ini, para pelanggan diminta berkunjung ke Jakel Bangi, Jakel Bandar Tun Hussein Onn atau Jakel Mall Kuala Lumpur bagi mendapatkan barang keperluan seharian dan Hari Raya tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohamed Faroz berkata, meskipun premis itu tidak beroperasi seperti biasa, nasib lebih 500 kakitangan di gedung berkenaan tidak akan diabaikan.

“Jakel akan tetap membayar gaji semua kakitangan kami di sini, itu adalah komitmen saya kepada mereka,” ujarnya,



Pada masa sama, beliau turut melahirkan penghargaan terhadap bomba yang bertungkus-lumus memadam kebakaran dan polis yang turut mengawal keadaan keselamatan di kawasan sekitar premis berkenaan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan kebakaran berkenaan dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Menurut beliau, polis menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan sekitar jam 7 pagi dan anggota polis bertugas menjalankan kawalan lalu lintas dan keselamatan di lokasi kejadian. – Sinar Harian

Barangan jualan persiapan Ramadan, Hari Raya Jakel Shah Alam turut hangus



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker