“Dah Keluar Gua tapi Pura-Pura Jadi Mangsa’ Pula” – Puteri Sarah Harap Janji Selesai [VIDEO]

“Dah Keluar Gua tapi Pura-Pura Jadi Mangsa’ Pula” – Puteri Sarah Harap Janji Selesai [VIDEO]

SUSULAN pengarah Syamsul Yusof tampil membuat kenyataan berhubung masalah rumah tangganya pada malam Sabtu, isterinya, Puteri Sarah Liyana dilihat memberi respons sinis terhadap kemunculan suaminya itu.

Tanpa menyebut nama sesiapa, Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, menerusi Instastory miliknya memberitahu ada seseorang baharu keluar ‘gua’ namun berpura-pura menjadi mangsa.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada tindakan Syamsul yang sebelum ini memilih mendiamkan diri daripada
menjelaskan pelbagai isu berkaitan rumah tangga mereka



Bagaimanapun, Puteri Sarah dalam status sama memberitahu meskipun berpura-pura menjadi mangsa namun dia berharap semuanya selesai.

“Dah keluar gua tapi play victim pula. Takpelah janji selesai. Stay classy they said,” katanya.

Ketika ini aktres berkenaan masih berada di Tokyo, Jepun bercuti bersama dua anaknya iaitu Syaikhul Islam, 5 dan
Summayah, 3 tahun.

Menerusi hantaran berbeza, Puteri Sarah memaklumkan bakal melakukan ibadah umrah di Makkah tidak lama lagi.

“Penutup 2022 di Tokyo. InsyaAllah, pembukaan 2023, umrah. Terima kasih Allah,” tulisnya di instastory



Terdahulu, Syamsul menerusi video siaran langsung di Instagram mendedahkan bakal menyelesaikan segala kemelut yang berlaku antara dia dan Puteri Sarah dalam masa terdekat.

https://www.instagram.com/p/Cm1UNQrIQrS/

Jelas Syamsul, sudah masanya dia bersuara namun tidak mahu membuka aib mana-mana pihak kerana menganggap ia adalah kisah peribadi rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan beberapa tahun lalu kemelut rumah tangga mereka berlaku didakwa berpunca oleh orang ketiga.mSTAR



“Dah Keluar Gua tapi Pura-Pura Jadi Mangsa’ Pula” – Puteri Sarah Harap Janji Selesai [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker