Curi duit ibu lebih RM4 juta, mahkamah jatuhkan hukuman penjara 20 tahun

Gambar fail menunjukkan Huay Sriwirat (duduk di atas kerusi roda) di sebuah mahkamah di Bangkok. – Bangkok Post

Ungkapan di mana ada keluarga di situ ada kasih sayang mungkin tidak berlaku di Bangkok selepas seorang anak perempuan melarikan duit lebih 250 juta baht (RM4,860,957) milik ibunya, lapor portal berita Thaiger semalam.

Kelmarin, Mahkamah Jenayah Phra Khanong menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap Mawadee Sriwirat kerana memalsukan dokumen untuk mencuri lebih 250 juta baht daripada ibunya, Huay Sriwirat.

Wanita berusia 56 tahun itu mencuri duit ibunya yang berumur 85 tahun semasa dia terlantar sakit, lapor portal berita Bangkok Post.

Mahkamah turut memerintahkan Mawadee memulangkan semula duit sebanyak 123 juta baht (RM2,391,591) kepada ibunya.



Huay memfailkan saman terhadap anaknya dan empat pekerja Bank Kasikorn kerana mencuri dan pemalsuan dokumen sehingga menyebabkan kerugian lebih 250 juta baht pada tahun 2019.

Peguam ibu itu, Jatuporn Chanasit memberitahu mahkamah bahawa kebenaran untuk mengeluarkan duit daripada  akaun bank berkenaan memerlukan tandatangan ibunya.

Pada tahun 2014, Mawadee didakwa bersubahat dengan pekerja Bank Kasikorn untuk menukar proses kepada cap jari manakala Huay dimasukkan ke hospital dengan penyakit arteri koronari.

Mereka kemudian mengeluarkan kira-kira 253 juta baht (RM4,919,289) daripada dua akaun bank milik Huay di dua cawangan di Sukhumvit 101 dan Jalan Srinakarin.



Mawadee didapati bersalah di atas 84 pertuduhan pemalsuan, menggunakan dokumen palsu dan mencuri sebelum dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun kepada wanita itu dengan perintah untuk memulangkan 123 juta baht.

Daripada empat pekerja bank yang terlibat dalam konspirasi itu, seorang dikenakan hukuman penjara dua tahun manakala yang lain dibebaskan.

Huay memfailkan satu lagi saman sivil di Mahkamah Sivil Phra Khanong terhadap anak perempuannya, Kasikorn Bank dan empat pekerja, menuntut pampasan 350 juta baht (RM6,805,340) dengan kes itu sedang dibincangkan di mahkamah. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker