Krisis kepimpinan: Parti Pejuang retak menanti belah

PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Marzuki Yahya enggan mengulas isu dalaman Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Katanya, selaku pemimpin GTA, tidak wajar beliau bercakap bagi pihak Pejuang demi mengelakkan salah faham.

“Saya tak mahu komen tentang Pejuang. Sebab Tun Dr. Mahathir Mohamad pun sudah letak jawatan daripada Pejuang secara rasmi.



“Maka perkara ini biarlah Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir atau Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah yang beri pandangan. Tak sesuai untuk saya komen.

“Kalau untuk GTA, saya boleh menyuarakan pandangan selaku Ketua Setiausaha. Tapi, bagi Pejuang agak tak sesuai kerana jika saya beri komen, nanti ada pula pihak belah sana yang kurang berpuas hati. Ini ngakibatkan masalah tak selesai,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada 16 Disember lalu, Dr. Mahathir meletak jawatan sebagai Pengerusi Pejuang, namun kekal sebagai Pengerusi GTA

Langkah itu diikuti pemimpin lain Pejuang termasuk Khairuddin Abu Hassan yang meletak jawatan sebagai Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan kerana mendakwa hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Mukhriz.



Dalam pada itu, Marzuki berkata, selaku Ketua Setiausaha GTA, beliau berhasrat menyebarkan kefahaman lebih ramai orang terhadap dasar dan polisi gerakan itu demi membela orang Melayu.

“Matlamat penubuhan GTA bukan sahaja sebagai sebuah parti politik tetapi gerakan orang Melayu yang mempunyai jati diri kuat bagi membentuk sebuah negara.

“Pada masa sama, GTA sebagai platform memperjuang dan menjamin agar kuasa politik Melayu terus kekal di tanah air ini. Selain itu, GTA turut menjaga kepentingan semua kaum,” katanya. – UTUSAN

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan




Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker