UMNO ‘berpelukan’ dengan DAP’ hanya sekadar mencontohi langkah Mahathir – Zahid Hamidi

Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan UMNO dengan DAP menerusi pembentukan Kerajaan Perpaduan sekarang ini, kerana mencontohi ‘teladan’ pernah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Dr Mahathir selaku orang lama UMNO yang mengajarnya untuk bekerjasama dengan DAP yang dianggap seteru sebelum ini.

Pengerusi BN itu mempertikai jika Dr Mahathir boleh ‘berpelukan’ dengan DAP sewaktu Pakatan Harapan (PH) bergelar kerajaan setelah menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kenapa tidak BN/UMNO sekarang tidak boleh melakukan tindakan sama.

“Patut marah Dr Mahathir dulu. Dia yang bawa DAP masuk dalam Kerajaan PH pertama kali. Patut marah pada dia.

“Dia (Tun M) yang mendoktrinisasi kami selama 22 tahun dan memberikan gambaran yang sangat negatif terhadap parti itu. Tetapi akhirnya mendakwa parti itu dan ini kita lihat bahawa PPBM (BERSATU) juga berdakapan secara politik dengan parti itu.

“PAS juga pernah (bersama DAP). Yang belum berdakapan hanya UMNO dan BN. Kita tidak pernah terlepas daripada tali ikatan terhadap apa yang tercatat di dalam Perlembagaan dan falsafah parti kita,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian dalam program bual bicara bertajuk Rekonsiliasi Politik – Apa Untung Pada Negara, yang berlangsung secara dalam talian malam tadi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker