Piala AFF 2022: Park Hang Seo sengaja curah ‘minyak’, kata keputusan pengadil hukum Malaysia tepat

HANOI: Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang Seo memberi gambaran bahawa Malaysia tiada alasan untuk merungut terhadap keputusan pengadil ketika aksi Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh, malam ini.

Pengendali dari Korea Selatan itu menegaskan bahawa bola sepak adalah sukan yang mempunyai peraturan dan mana-mana pemain yang melakukan kesalahan akan dihukum.

“Bola sepak adalah sukan di mana kami perlu lakukan apa yang boleh untuk menang, tapi bola sepak juga ada peraturan. Jadi, jika melanggar peraturan, anda akan dihukum,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.



Vietnam melebarkan rekod tanpa kalah berdepan Malaysia apabila mencipta kemenangan 3-0 dalam aksi Kumpulan B itu dan merampas kedudukan teratas.

Bagaimanapun aksi itu terpalit kontroversi selepas pengadil dari Jepun, Sato Ryuji memberikan sepakan penalti kepada Vietnam pada minit ke-59.

Keputusan itu cuba dibantah barisan pemain Harimau Malaya kerana tiada kekasaran yang dilihat dilakukan Azam Azmi Murad ke atas Doan Van Hau di dalam kotak penalti melainkan berlaku pergelutan dua pemain itu di luar padang selepas kedua-duanya terjatuh ketika merebut bola.

Insiden itu turut menyaksikan perlawanan terhenti kira-kira lima minit dan nasib lebih malang menimpa Harimau Malaya apabila Azam dilayangkan kad merah sebelum Que Ngoc Hai menyempurnakan sepakan penalti.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker