Budak mati didera ada kesan cucuh besi panas pada kemaluan

PETALING JAYA: Polis mengesahkan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI) Jumaat lalu merupakan mangsa dera melibatkan ahli keluarganya sendiri.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kecederaan terhadap mangsa antaranya kesan dicucuh besi panas, kesan dipukul di seluruh badan mangsa termasuk di kemaluan.

“Saya baharu keluar daripada bilik mayat bagi melihat secara ringkas keadaan jenazah dan ia memang amat mendukacitakan.



“Hampir seluruh badan mangsa, dari kepala sampai ke kaki terdapat kecederaan. Kesan-kesan cedera ini mungkin dipukul dan terdapat juga kesan dicucuh api atau benda panas di seluruh badan termasuk kemaluan,” katanya menurut laporan Kosmo.

Media sebelum ini melaporkan, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang mana ibu bapanya sedang menjalani hukuman penjara maut dipercayai didera lima individu, dalam kejadian di Senggarang, Batu Pahat.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, polis menahan lima warga tempatan berusia 15 hingga 37 tahun, pada malam Sabtu susulan menerima laporan dari seorang lelaki berusia 23 tahun.

Pengadu memaklumkan mangsa pengsan di rumahnya dan dibawa ke klinik untuk rawatan, pada 6.45 petang, pada Jumaat.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker