Adun Chenor dilarang beri kuliah di masjid selaras dengan garis panduan Jabatan Mufti

 

Adun Chenor Mujibur Rahman Ishak yang juga merupakan wakil rakyat PAS di Pahang menyoal tindakan pihak berkuasa agama negeri itu melarangnya berceramah di sebuah masjid di Jengka, tempat dia aktif bersyarah sejak tiga tahun lalu sedangkan dia tidak pernah menyentuh politik dalam ceramahnya.

“Selaku penceramah, insya-Allah saya memilih untuk profesional. Ketika kuliah, tiada disebut PAS atau mana-mana parti lain.



“Kita sebut tentang Al-Quran dan Hadith. Kita sebut tentang Islam dan musuh Islam.

“Mengapa ini terjadi. Tepuk dada. Tanya Iman,” kata Mujibur pada hantaran di Facebook hari ini.

Catatan Mujibur turut berkongsi ulasan Adun Kuala Sentul Jasri Jamaludin, yang pertama kali mengetengahkan isu itu apabila mendakwa larangan terhadap Mujibur bermotifkan politik.

Dalam maklum balas, Exco Kerajaan Pahang Syed Ibrahim Syed Ahmad, yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, berkongsi kenyataan bahawa mana-mana individu atau kumpulan yang ingin menjalankan aktiviti atau mengajar di masjid di negeri ini perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada jabatan agama daerah masing-masing.



Dia berkata kerajaan negeri memandang serius titah Sultan Pahang bahawa masjid tidak boleh dipolitikkan dan ceramah anjuran parti politik tidak dibenarkan.

Ini terpakai kepada semua, termasuk mereka yang sealiran dengan kerajaan negeri, tegas Syed Ibrahim (gambar, atas).

“Garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang adalah amat signifikan dan bertepatan agar tiada penceramah yang menyampaikan ceramah cenderung kepada fahaman aqidah selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah, Asyairah dan Matrudiah.

“Sekiranya terdapat pihak yang ingin menganjurkan ceramah atau sebarang aktiviti di masjid atau surau melalui mana-mana NGO, ia perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis dari Pejabat Agama Islam Daerah di daerah masing-masing supaya ia diimarah dan dimakmurkan senada titah Kebawah Duli Tuanku serta selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri,” kata Syed Ibrahim.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker