Jubah World Cup disarung Messi mahu dibeli dengan harga RM4.42 juta

Jubah World Cup yang disarung Messi selepas Argentina muncul juara Piala Dunia Qatar 2022 setelah mengalahkan Perancis dalam aksi final mahu dibeli dengan harga RM4.42 juta oleh seorang ahli Parlimen Oman

Jubah tradisional Arab yang biasanya dipakai ketika majlis istimewa dan upacara seperti perkahwinan dan acara keagamaan, disarungkan kepada Messi ketika majlis penyampaian trofi dan medal di Stadium Lusail pada awal pagi Isnin lalu.

Messi kemudiannya terus menjulang trofi dengan memakai jubah berkenaan menyebabkan sesetengah pihak mengkritik penganjur kerana dikatakan cuba ‘merompak’ saat indah Argentina.



Namun, seorang peguam yang juga Ahli Parlimen Oman, Ahmed Al Barwani tampil mengejutkan ramai pihak apabila sedia membeli jubah berkenaan.

“Daripada Kesultanan Oman, saya mengucapkan tahniah kepada anda kerana memenangi Piala Dunia Qatar 2022.

“Jubah Arab, simbol kesatria dan kebijaksanaan. Saya tawarkan anda AS$1 juta bagi jubah itu,” kata Ahmed di laman sosial Twitter pada Jumaat.

Ahmed berkata, dia sedia berbincang lebih lanjut mengenai hasratnya itu selepas melihat Messi memakai jubah itu yang disarungkan oleh Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.



“Saya berada di stadium menyaksikan saat itu secara langsung apabila Emir Qatar memberikan Messi jubah itu. Saat itu ia memberitahu dunia bahawa kami ada di sini, dan inilah budaya kami,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker