Wanita PKR bidas Taliban, mahu akses pendidikan buat semua dikembalikan
Wanita PKR berpendapat, tindakan melarang wanita melanjutkan pengajian ke universiti yang dilaksanakan kerajaan Taliban Afghanistan suatu dasar mundur dan mendiskriminasi.
Ketuanya Fadhlina Sidek berkata langkah berkenaan akan memberi kesan jangka panjang yang buruk dan akhirnya hanya akan merosakkan imej Islam.
“Justeru Wanita Keadilan mendesak pihak pemerintahan Taliban mempertimbangkan gesaan untuk menarik balik sekatan tersebut.
“Afghanistan perlu mengembalikan semula akses wanita negara itu untuk melanjutkan pengajian ke universiti,” katanya hari ini
Menurut Fadlina, sekatan yang dikenakan pihak Taliban itu sebenarnya menghalang wanita negara terbabit mendapat akses pendidikan tinggi.
Kesan daripada dasar tersebut, katanya, kerajaan Afghanistan hanya akan melebarkan jurang daya saing di antara gender dari sudut peluang pekerjaan berkualiti, status ekonomi dan sosial.
Kementerian Pendidikan Afghanistan beberapa hari lalu mengeluarkan arahan kepada semua universiti awam dan swasta di negara itu agar menggantung kemasukan mahasiswa wanita serta-merta.
Langkah itu, lapor agensi berita antarabangsa dibuat selepas diputuskan kabinet Afghanistan.
Ia kemudian mendapat kecam pelbagai negara termasuk Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Fadhlina menambah langkah mengekang pembabitan wanita dalam institusi pengajian tinggi akhirnya akan menyebabkan kadar partisipasi mereka di sektor tenaga kerja akan lebih terhad.
“Ini juga akan menjurus kepada ruang dan peluang dominasi yang berpihak hanya kepada satu gender dan tidak mewakili suara segenap masyarakat,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lantikan semula Jazlan pengerusi Felcra ditangguh
- MPN dibatalkan – Anwar
- ‘Kerajaan batal sambutan tahun baharu’
- ‘Faham-fahamlah pemimpin, kalau banjir pulanglah dari cuti’
- Exco sahkan MB Terengganu di New Zealand
- ‘Allah ambil semua anak perempuan saya’
- Rakyat tarik nafas lega, tiada lagi politik nombor – Razlan
- Kalau hebat sangat tubuh parti sendiri jadi Presiden
- Mahathir tak yakin kepimpinan Mukhriz?
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
- Enggan bayar hutang, wanita muat naik status dan gambar jenazahnya di Facebook
- Pembatalan terhadap saman Tommy Thomas diteruskan Kerajaan Perpaduan
- Konspirasi Langkah Sheraton 2?
- Terima kasih Anwar teruskan aspirasi Keluarga Malaysia – Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]