Durian percuma terpaksa diberikan

Durian percuma terpaksa diberikan

JERANTUT – Kewujudan ba­nyak durian kampung premium dan durian klon termasuk lambakan pengeluaran durian musang king kali ini membuatkan durian kampung seperti durian sangka atau durian hijau sudah tidak laku.

Seorang pemilik kebun durian di Kampung Binjai di sini, Ishak Yaakob, 60, berkata, akibat sudah tiada harga, dia memberikan secara percuma durian sangka miliknya kepada orang ramai.



“Di kebun saya terdapat tiga batang pokok durian sangka yang ditanam oleh moyang sejak dahulu. Dianggarkan pokok ini berusia hampir 100 tahun dan masih setia berbuah lebat apabila musimnya.

“Musim ini, tiga batang pokok durian sangka ini berbuah kira-kira 1,000 biji dan mulai gugur seperti durian premium kampung lain.

“Namun, saya terpaksa memberikan buah itu secara percuma kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang lalu di kebun kerana durian sangka sudah tiada nilai lagi di pasaran ketika ini,” kata­nya di sini semalam.

Menurut bapa kepada tujuh anak itu, setiap pagi, dia me­ngutip kira-kira 60 biji durian sangka yang gugur ke tanah dan disimpan di pondok kebun sebelum diberi kepada rakan-rakan, jiran dan orang ramai.



“Daripada terbiar pecah dan busuk di pondok kebun, lebih baik saya beri percuma kepada mereka yang mengunjungi kebun ini.

“Hari ini saya menghantar seguni durian sangka ini dengan percuma kepada rakan di kampung lain yang memesan mahu menikmati buah ini,” katanya.

Katanya, sebelum wujudnya baka yang bermutu dan mahal di pasaran seperti musang king, IOI dan durian premium kampung lain, buah durian sangka juga ada nilai harga iaitu antara RM3 hingga RM5 sekilogram. K Online

Durian percuma terpaksa diberikan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’



Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker