Usul percaya kepada PM dibahaskan

Usul percaya kepada PM dibahaskan

Ahli Parlimen akan membahaskan usul undi percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang dijadual dibentang di Dewan Rakyat petang ini.

Usul itu dijangka dibentangkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk serta Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengesahkan usul itu akan dibahaskan oleh Ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang.

“Saya akan turut terlibat berbahas hari ini ketika sesi perbahasan undi percaya kepada Kerajaan Perpaduan sekitar jam 3.30 petang,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Berdasarkan aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat, usul dicadangkan itu antara lain dibentang ekoran keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 yang sudah menatijahkan situasi Parlimen tergantung di mana tiada parti politik atau gabungan parti politik memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

“Situasi berkenaan tidak pernah berlaku sepanjang sejarah negara ini. Idea penubuhan Kerajaan Perpaduan merupakan cerminan pandangan jauh serta keprihatinan



Baginda Tuanku (Agong) demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.

“Dengan ini, Dewan ini perlu mengambil ketetapan dan berikrar memberi sokongan sepenuhnya terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat Ahli Parlimen Tambun selaku Perdana Menteri bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya,” katanya memetik usul cadangan yang akan dibentangkan.

Ini kali ketiga usul undi percaya terhadap Perdana Menteri dibentangkan di Dewan Rakyat, dengan kali pertama dibentangkan pada 27 Januari 1976, ketika bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menggantikan Tun Abdul Razak Hussein.

Seterusnya usul sama yang dibentang pada 3 November 2003, ketika era peralihan kepimpinan dari Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.



Kedua-dua usul dikemuka ketika itu menyaksikan keputusannya masing-masing menyokong Hussein dan Abdullah.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 November lalu mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Anwar dipilih selepas Seri Paduka memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu bagi membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat, lima hari selepas keputusan rasmi PRU ke-15.

PRU15 menyaksikan PH memperoleh 82 kerusi Parlimen, diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 74 kerusi, BN (30), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (6), Parti Warisan (tiga), Bebas (dua) serta masing-masing satu kerusi dimenangi Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Parti Bangsa Malaysia (PBM).



Semua gabungan dan ahli bebas menyokong Kerajaan Perpaduan kecuali PN. BH

Usul percaya kepada PM dibahaskan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN

Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker