Proses perolehan aset baharu TUDM tidak tertangguh

SEREMBAN – Proses perolehan aset baharu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan tertangguh di bawah kerajaan baharu, kata Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Beliau berkata, TUDM dalam proses pembelian aset Pesawat Peronda Maritim (MPA), Sistem Kapal Udara Tanpa Pemandu (UAS), pesawat tempur ringan dwifungsi Fighter-Lead-In-Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT-LCA) dan Radar Pertahanan Udara.

Menurut beliau, pihaknya telah menandatangani Surat Setuju Terima (LOA) bagi pesawat MPA dan UAS pada 25 Oktober lepas dan kini dalam proses rundingan harga serta tindakan selanjutnya.



“Bagi FLIT-LCA sudah berada pada Kementerian Kewangan dan pihak kami sedang menunggu keputusan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Hari Anugerah Kecemerlangan TUDM 2022 di Pangkalan Udara Sendayan

Mohd Asghar Khan menjelaskan, keperluan pesawat Medium-altitude Long-endurance Unmanned Aircraft System (MALE-UAS) sangat penting untuk TUDM dalam melaksanakan misi risikan, pengawasan dan tinjauan (ISR) di kawasan yang diperluaskan.

“Pesawat MALE-UAS yang kita akan beli atau menandatangani LOA adalah dari jenis Anka dari Turkiye. Pada minggu ini pasukan TUDM telah berada di Turkiye untuk melihat pengurusan aspek kontrak dan pesawat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata dalam Kertas Putih Pertahanan, kawasan diperluaskan iaitu di luar kawasan territory water sehingga Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) memerlukan pengawasan ketat dengan kegunaan pesawat atau dron UAS.



Terdahulu pada majlis hari ini, Left Kol Khairul Anuar Addeli dan Mejar Fairul Mohd Rustham menerima Anugerah Terbang Selamat; Akademi Tentera Udara, Ipoh memenangi Anugerah Best Quarters of The Year dan Anugerah Training Institute of The Year manakala pasukan No 14 Skuadron meraih Anugerah Squadron of The Year.

Mohd Asghar Khan turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai dan anggota Pancaragam Pusat TUDM atas penglibatan cemerlang dan membanggakan dalam persembahan mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Gyeryong World Military Culture Expo 2022, Korea Selatan pada 7 hingga 15 Oktober. – Bernama

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN



Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker