Tar K-9 Anjing paling terlatih cari mangsa tanah runtuh [VIDEO]

Unit Anjing Pengesan (K9) memasuki untuk mencari dan menyelamat mangsa- mangsa di lokasi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali.

PETALING JAYA – Angkatan Pertahanan Awam (APM) menggunakan kepakaran daripada Unit Anjing Pengesan (K-9) bagi operasi mencari dan menyelamatkan mangsa tanah runtuh di Batang Kali.

APM menerusi satu hantarannya di Instagram berkata, pihaknya menggunakan kepakaran anjing pengesan dikenali sebagai anjing Tar yang berasal dari Holland bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa menggunakan khidmat anjing pengesan (K-9).

“Operasi tanah runtuh kami menggunakan khidmat kepakaran daripada anjing pengesan (K-9) APM bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Anjing pengesan adalah amat penting dan sangat-sangat membantu dan berguna dalam operasi pencarian dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Batang Kali,” jelasnya.



Tambahnya, anjing tersebut telah diiktiraf dan diluluskan untuk membantu menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Selain itu, ia turut dilatih oleh International Rescue Organization (IRO) secara khusus sekali gus menjadikan ia sebagai pilihan tepat untuk membantu mencari mangsa di tanah runtuh.

Kosmo! difahamkan terdapat tujuh ekor anjing pengesan pelbagai agensi menyelamat digunakan untuk membantu mencari mangsa tanah runtuh.- KOSMO! ONLINE

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker