Tanah Runtuh: KPM tempatkan 9 kaunselor di Hospital Sungai Buloh untuk beri bantuan psikologi

SUNGAI BULOH: Kementerian Pendidikan menempatkan sembilan kaunselor di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini sebagai bantuan awal psikologi sosial kepada ahli keluarga dan waris mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, pada Jumaat.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pegawai berkenaan ditugaskan mengikut tiga syif dengan tiga pegawai pada setiap satu sesi.

“Sesi sokongan ini akan diteruskan sehingga keseluruhan proses selesai sepenuhnya,” katanya ketika ditemui selepas melawat perjalanan sesi kaunseling di Hospital Sungai Buloh di sini, pada Sabtu.



Fadhlina memberitahu, inisiatif itu turut mendapat kerjasama Bahagian Kesihatan Mental dan Psikologi Sosial, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya berharap waris mangsa akan diberi ruang untuk melalui situasi sukar ini, serta mendapatkan maklumat yang tepat dan sokongan daripada rakyat Malaysia,” tambahnya.

Katanya, proses pengecaman masih lagi berjalan dan kenyataan rasmi hanya boleh dikeluarkan oleh KKM.

Setakat 2 petang tadi, seramai 23 mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian runtuhan tanah di Jalan Batang Kali – Gohtong Jaya, manakala 10 orang lagi masih dilaporkan hilang.



Seramai 94 individu terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi Jumaat.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker